Assalamu'alaikum warga blogger sekalian. Err, lama sebenarnya atau bahasa mudahnya, jarang - jarang update blog. Al - maklumla kan, kerja - kerja pembaik pulih blog sedang giat diusahakan. Amateur lagi sebenarnya bab - bab editing nie. Maafla ye kalau post baru nak naik hit. HAHA.
Diam Tanda Berfikir?
Kebiasaannya, manusia akan sentiasa mempunyai perasaan yang tidak pernah dilaluinya ketika dirinya dilanda dengan pelbagai masalah. Walaupun hanya sesaat mana sekalipun, manusia tersebut akan sentiasa memikirkan apa yang sedang dilaluinya dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik buat dirinya. Begitu juga dengan kehidupan kita di dunia ini. Tidakkah kita pernah berfikir seketika ataupun berfikir dahulu sebelum bertindak dalam menyelesaikan masalah yang kita hadapi?.
Dengan mengambil sepotong ayat Al - Quran yang bermaksud :
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (terbuat) olehnya. Setiap orang mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." (Surah Al - Baqarah, 2:286)
Beertinya disini, walaupun terkadang kita dilanda kesusahan, Allah memberikan dugaan buat kita, sebagai seorang hamba di muka bumi ini, kita seharusnya bertindak dengan memikirkan mengapa Allah menduga kita dengan perkara sedemikian. Ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa dengan adanya ujian daripada Allah, ia mampu mengubat, ataupun istilah lainnya dipanggil sebagai penghapus semua dosa - dosa yang pernah kita lakukan selama kita bernaung di muka bumi ini.
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang muslimin mahupun muslimah yang sejati, kekuatan jiwa dan berfikir secara positif perlu diutamakan. Kita bukan sahaja dituntut untuk tidak membuat prasangka secara membuta tuli, namun kitadigalakkan untuk berfikir dahulu sebelum menhemburkan kata - kata yang ingin kita sampaikan. Wallahu 'alam. :)
p/s : jom berusaha menjadikan diri kita lebih baik daripada hari - hari sebelumnya. kan lebih berfaedah dan bermakna, bukan?
Apabila hati mula berbicara.
Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik bagi diri kita sendiri.
Perlukan kekuatan dan kemampuan untuk mengubah ke arah yang lebih baik lagi.
Bantuan dan nasihat daripada sahabat - sahabat serta yang mengenali diri ini lebih bermakna.
Moga diteruskan dengan segala amalan yang mendapat rahmat disisi Allah S.W.T.
Hinanya hati ini apabila tibanya masa untuk berhadapan dengan Allah, dengan sisa - sisa kemurkaan yang pernah aku lakukan selama aku menumpang di muka bumi Tuhan.
Ampunkan kesalahanku Ya Allah. Ya Rabb!
Perlukan kekuatan dan kemampuan untuk mengubah ke arah yang lebih baik lagi.
Bantuan dan nasihat daripada sahabat - sahabat serta yang mengenali diri ini lebih bermakna.
Moga diteruskan dengan segala amalan yang mendapat rahmat disisi Allah S.W.T.
Hinanya hati ini apabila tibanya masa untuk berhadapan dengan Allah, dengan sisa - sisa kemurkaan yang pernah aku lakukan selama aku menumpang di muka bumi Tuhan.
Ampunkan kesalahanku Ya Allah. Ya Rabb!
Subscribe to:
Posts (Atom)

