0

Sufiiii

Hai sufi.
Maaf.
Aku sibuk.
Aku perlukan rehat ini,sufi.
Doakan aku.
Batuk,selesema,pening,demam.
Semua ada.
Doakan aku kuat!
Jaga dirimu,sufi.

0

Lupa?

Orang sekeliling. Itulah mereka.
Cakap bersahaja tanpa ada rasa yang menyebal di dada.
Begitu mudah menjadi pendamai dengan menimbag tara secara pukal.
Pendekatan naturalisasi digunakan tanpa ada sebarang faktor yang terlibat.
Apa hidup kita perjalanannya sama?

Lupakan? Ahh.
Aku masih sama.

0

Luh Mahfuz

Hiba rasanya hari ini.
Pada waktu tengahari yang redup ini.
Airmataku berguguran tanpa ku sedari.
Sungguh,
Ingin aku menjadi ego dalam mencurahkan airmata.
Agar dapat aku selindungkan segala keresahan dan seribu macam rasa.

Wahai ayah,
Lenaku dikejutkan dengan panggilan darimu.
Sungguh aku tak pasti apa yang bakal keluar dari mulutmu.
Ahh,jika duputar kembali 20 minit yang lalu,
Pasti aku mendapatkanmu lalu memeluk tubuhmu.
Dapat ku rasakan apa yang terpendam di hatimu,
Dapat ku bayangi kelopak air dari sinar matamu.
Andainya berkerdipnya engkau,
Pasti ada hakuan airmata mengalir lembut jatuh.
Usia seawal 24 tahun,
Banyak mengajar aku tentang,
Banyak menyedarkan aku tentang,
Banyak membungkam segala benak otak fikiran,
Tentang,
Mengapa engkau tidak banyak bicara,
Apabila sang hati menjelma menyapa dirimu.
Mengapa engkau diam membisu?
Mengapa engkau tidak membantu?
Mengapa engkau membiarkannya begitu?
Awalnya,sebahagian besar perkara banyak menuding salah padamu;
Walau kau sendiri tahu jawapan yang sebenarnya dan apa yg telah berlaku.
Kau sorokkan lukamu.
Kau hilang segala keresahan itu.
Apa aku banyak mengikutmu?
Atau aku banyak berfikir seperti ibu?

Umurku kian meningkat,
Waktuku semakin singkat.
Aku sedar banyak jiwa yang aku telah lukai.
Atas alasan aku juga perlu mencari maknawi diri.
Tapi satu hal yang pasti,
Kesetiaanku bukan untuk diragui.
Jika diraguinya itu atas sebab yang telah ditetapkan oleh Sang Pemilik Jiwa,
Perlu akur dan redha akan segala ceritanya,
Apa ianya sudah termaktub di luh mahfuz,bukan?
Apa engkau masih meragui?

Enyahkan segala rasa kecewa.
Walaupun tempoh bertenang sangat panjang.
Kau perlu tahu,
Andai sahaja kau hilang fikiran dan tiada daya,
Bentangkan hamparan sambil menunduk malu pada Tuhan.
Akan kau dapati segala keasyikan dan ketenangan yang mampu,
Untuk kau bangkit kehadapan,
Menghadap raksasa lara dan penuh misteri yang sudah terbentang.

Dua puluh minit yang dibual bersama,
Mungkin tidak cukup untuk diborakkan bersama,
Aku tahu aku kurang memahami,
Setiap gerak geri hatimu aku sering terkunci,
Namun apa yang aku pasti,
Kau mula memberi bukti tanpa engkau sedari,
Kerna hatimu tidak berbasa basi.
Nasihatmu sangat mudah aku ikuti,
Berhari-hari aku menghadap Ilahi.
Ku serahkan segala apa yang terjadi,
Akan ku lihat engkau;
Di dalam anak-anakku pasti.

0

Tadabbur dalam takbur si perantau.

Hai sufi.
Lama sudah aku tak menyinggah di rumah kesayanganku ini. Agak lama jugak kan? Rumah yg dah di renovate. Dibuang segala tulisan2 yg dahulunya kasar dan tiada rasa belas kasihan.
Engkau sahajalah sufi yg sama2 dgn aku membangun rumah ini. Byk perubahan yang kita dah lakukan bersama. Maafkan aku sufi sbb xbyk barang yang aku bawa masuk ke dlm rumah kita ini. Sebabnya,aku xrasa semua brg yg aku bawa masuk ke sini blh menceriakan dan memuaskan hati. Ad barang yg peelu disewakan,dijual atau dibuang begitu sahaja. Maafkan andai aku tak menghias rumah kita dgn segala kemewahan yg sepatutnya ada. Sufi,sihat? Masih bermonolog sendirian? Apa kau masih tetap dan kekal bersama dgn aku,sufi? Walaupun engkau tak wujud secara nyata pun sufi,aku tau kau dpt rasa dan menyelami apa yg aku rasa. Engkau sungguh hebat sufi. Bukan calang2. Aku terkesima dgn kebolehanmu. Eh sekejap. Nt aku dtg lagi. Kita borak lagi. Janji ya,sufi?

 
Copyright © Diari Sufi