Jangan disangkal hari ini penghulu segala hari,
Jangan disangkal hari ini bakal menggelapkan dunia pada bila-bila masa,
Jangan disangkal hari ini diciptakan Nabi Adam A.S.,
Jangan disangkal hari ini turunnya Nabi Adam dari syurga menuju ke bumi,
Jangan disangkal hari ini Allah mewafatkan Nabi Adam.
Jangan disangkal hari ini Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga.
Jangan disangkal hari ini hari berhimpunnya umat muslimin di seluruh dunia,
Jangan disangkal hari ini ramai Malaikat turun ke bumi,
Jangan disangkal hari ini hari paling mustajab untuk berdoa,
Jangan disangkal hari ini hari penghapus dosa,
Jangan disangkal hari ini lebih diutamakan dalam bersedekah,
dan jangan disangkal lagi hari ini hari yang dapat melihat Allah di syurga.
Teruskan amalanmu, sufi. Jangan mudah berputus asa dan terus menyerah kalah sebelum berjuang. Jangan pernah berhenti berlari. Tika kamu goyah, ingatlah bahawa syaitan durjana sedang bersorak keriangan melihat telatahmu yang mudah tunduk dan tidak kuat untuk melawan nafsu serta godaaan kabilah mereka.
Jadikan hari ini hari yang paling baik untuk mengubah diri daripada baik ke arah menjadi manusia yang lebih baik. Bersama tingkatkan prestasi!
G.E.L.A.P
Satu, terima kasihku
Dua, jagalah dirimu
Tiga, hapuskan diriku
Moga bahagia selalu
Dosa oh aku akui lemah
Aku tak pernah menduga
Ini kan terjadi
Moga di sinilah titik noktah
Dua, jagalah dirimu
Tiga, hapuskan diriku
Moga bahagia selalu
Dosa oh aku akui lemah
Aku tak pernah menduga
Ini kan terjadi
Moga di sinilah titik noktah
Tiada lagi cahaya
Biar gelap
Bawa ku ke arah nyata
Rasa ini rasa syurga
Tiada lagi cahaya
Biar gelap yang membuta
Bawa ku arah nyata
Subscribe to:
Posts (Atom)


