2

[Letak sendiri tajuk]

yang tersinggah, yang tertekan blog aku ni. nasiblah korang.
kalau tak ketentuan, mungkin ni serba sedikit jalan untuk apa yang terbuku dihati.
dan kepada mereka yang nak cari aku, nk tahu perihal aku, kat sini lah tempatnya. mudah sikit.
xdela nak terlebih sosial sangat. bukan apa, takut tak boleh kawal perasaan tu nanti.
biarlah asing, janji ikut apa yg diperkatakan dalam dua sumber peninggalan tu.
bismillah. jom tido!. jangan lupa al-mulk!
0

Niat

Innamal 'amalu binniyyat.

Niat. Tu bende basic. Dalam nak buat perkara apa sekalipun, pastikan niat tu yang menentukan perbuatan kita. Ambik contoh mudah. Aku. Apa tujuan aku post bebanyak gambar kat ig sampai berpuluh-puluh post? nk dapatkan like ke? Harap dijauhkan la dengan jawapan mcm tu. Xda apa pn nk dibuat dengan dapat like bebanyak tu. TAPI, aku nakkan kengkawan, sahabat handai aku, teman dan rakan seperjuanganku tahu dan dapat la ilmu serba sedikit dengan apa yang aku post kat ig tu. Sbb bagi aku, kalau boleh, aku nak tarik SEMUA orang yang follow aku masuk sesama ke syurga. Best kot kalau dapat jumpe kat sane. "Weyh korang, kita jumpa lagi erk kat sini..Bestnye.. Rindunyee.". Xke best kalau macam tu?. Dah tu, kalau ko xpost, xke dahaga kengkawan korang yang masih atau sedang nak kenal Tuhan? Bantulah selagi mana yang boleh bantu walaupun kita sendiri masih kurang ilmu bab-bab macam ni. Tapi, kita kena keep upgrading la selalu setiap kali dapat ilmu baru. Biar naik level tu. Baru syok. Kalau just tau ilmu, tapi xdiamalkan jugak, xpatut jugak. TAK ea? =)

Gerak sekarang.
0

Azimat Ibu. Ibunda. Emak.Mak. Ummi. Mama.

langit kirmizi menghantar dirimu
menuju jalan pulang
hari-hari indah bersamamu
bertabur di tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali terakhir
sedih & sayu dari kamar atma
mengundang air mata

Hanya RINDU dan DOA buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar SYURGA menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

(KEREDHAAN ALLAH terletak pada KEREDHAAN AYAH IBU)

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk perkasihan
begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah
demi ANAKmu

setitis AIR MATA ibu yang gugur kerana KESEDIHAN
SEGARIS LUKA di hati ibu kerna KEDERHAKAAN
TERTUTUP pintu syurga JIKA tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindah di DUNIA dapat mengganti hilangmu
pilihan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu

Keywords: All the words with the UPPERCASE. Do make efforts on it. TQ

0

UBAH.

Bismillah.

nak berubah tu bukan ada masalah pun. berubahlah ikut suka mana pun. nak pilih jalan yang terang ke, jalan yang gelap ke dan sebagainya. itu semua atas pilihan kita sendiri. tp yelah, kalau ko agak-agak boleh tahan dengan azab Dia, memang aku syorkan ko redah je jalan tu. yelah, dah tak makan nasihat segala bagai, nak buat macam mana. hati sendiri xtergerak nak pikir bnda2 yang sememangnya salah tapi takde inisiatif nak buat ape yg patut. senang aplikasinya afalah dengan ambik contoh makanan. ko lapar, tp ko keep on asking je nak makan nak makan nak makan. padahal makanan dah tersedia atas meja. tinggal inisiatif ko je nk jalan ke arah meja tu, pastu ngadap makanan tu puas2. tinggal nk jalan je pun. ni jalan pn susah, malas lah, jauh lah, itulah inilah. ad je nak dibahskan. kang kalau kena herdik, kena marah, kata itulah kata inilah, padahal salah diri sendiri. sbb tu ada sesetengah orang dah malas tahap gaban nak nasihat. ade je yg tak kena. masalah betul.

konklusinya, boleh pikir sendiri kut!
0

tiada.

pantas jari jemari menukilkan apa yang terbuku di hati. Buat kesekian kalinya aku meluah tentang apa yang ingin diluah.Supaya diterima mentah-mentah tanpa menghukum aku dengan membuat prasangka yang salah.
0

Ucap: SYUKUR

Bismillah. Entri sebelum ni lupa nak baca. Harap niat yg aku nak ekspresikan tu betul lah. Jangan terpesong hendaknya. =)

Syukur. Topik lagi senang, Tapi xsemua peka dan perasan. Mungkin tengah duduk dekat negara yang aman dan makmur dari segi luarannya kot. Dalaman? Masih terumbang ambing mencari pacak yg tegak dan utuh berdiri.

Kadang kita ni bersyukur lepas ujian tu menimpa kat kita. Tp tyme xkena ujian, punya lah payah nak bersyukur. Mcm dunia ni dia yg cipta, reka dan buat je kan. Gabra? Relaks. Xde nk condemn sesape. Sape la aku kalau nak dibandingkan dengan orang-orang yang hebat mcm yg ada kat luar sana. Aku masih kerdil, masih mencari mana baik buruknya diri terhadap Pencipta-Ku. Selalu leka, selalu alpa, mudah berputus asa dsb. Namun, bukan bermakna perjuanganku terus berhenti disini. Mana mungkin aku menghadap Ilahi dengan membawa bekalanku yg jahil dan hina ini?. Mau dicampak ke neraka jahannam barangkali. Syukur padaMu Ya Allah, kerana Engkau masih memberi peluang untuk hambaMu ini membuka pintu mata hati dalam mencari keredhaanMu. Ku akui, mmg amat payah pada mulanya, namun xbermakna sukar untuk aku mengecapinya, bukan? Aku akan berusaha untuk mencari cintaMu.

Ku bermohon, berikan landasan yang benar dan jalan yang lurus kepadaku supaya aku tidak terpesong dan tergolong dalam kumpulan-kumpulan yang Engkau murkai. Ku mohon seikhlas hatiku.

Moga pena yang kerdil ini menjadi wadah dan semangat untukku agar terus mencari redhaMu. Xkan ku berundur walaupun dicaci dan dimaki. Kerna ini hanyalah tempat persinggahan sementara walhal akhirat jualah tempat selamanya.

SYUKUR ITU PENTING. SYUKUR ITU MENDAMAIKAN HATI DAN JIWA.
0

Nak tunggu bila?

Tajuk jelas. Matlamat pun jelas. Tu je. Bende dah mmg Allah suruh. Amar makruf, nahi mungkar. Kalau tak cuba nak ubah sekarang, agak sampai bile lagi nak ubah? Dah separuh dekad usia baru nak terhegeh-hegeh. Ikutlah. Kang nasihat lelebih, kata bagus sgt lah, syadid sgt lah, dy je yg betul lah.Tapi kalau dah ada kesedaran tu, teruskanlah untuk naik slow2. Biar lambat, asal buat ape yg dah tau tu. Mcm ilmu. Dah tau ilmu tu, pernah belajar ilmu tu, Tp, tup-tup xnak amalkan. Parah lah cenggini.

Dah tu, tunggu apa lagi? JOM.

Simple je. Sama jugak peringatan ni untuk diri sendiri. Kadang makan hati jugak. Tp, nak berubah, semua nak berubah. Nak JAGA tu yg jd payah. Sama ada kita keep ongoing ataupun endah tak endah je.
Dan aku harap, Allah permudahkan jalan yang aku pilih ni. Walaupun tgh dalam keadaan asing. Cool je. Aku, kita semua ada Dia. Tu jawapan mutlak.
 
Copyright © Diari Sufi