Beringatlah, bukan hanya kita seorang sahaja yg pernah merasa pahitnya cuka,hempedu,halwa dan sebagainya yg pahit, ramai lagi manusia yg mglami rasa yg sama, mungkin cuma keadaan, suasana dan tempat yg berbeza. perasaan? ya, tidak dinafikan perasaan mereka yang pertama adalah perasaan kecewa yg tidak terhingga. namun, tidak juga kita ada segelintir daripda kumpulan kecewa yg berjaya mengambil sikap positif dalam diri mencari pangkal permulaan diri,bermuhasabah diri kembali dan percaya, mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu yg menimpa diri. bukan mudah untuk menjadi seourang mujahid mahupun mujahidah yg setia dan ikhlas berkorban kerana-Nya.percayalah dan letakkan didalam jiwa kita, bahawa kita semua pasti akan kembali menemui-Nya dan itulah hembusan nafas kita yg terakhir di dunia ini sebelum kita dihidupkan semula untuk sesi pembicaraan amalan sepanjang nafas kita dialirkan.
Ya, ini hanyalah permulaan. bukan perkara sebenar yg ingin dibincangkan.namun, tidak mengapa, selagi kudrat masih ada untuk menaip segla rentak tari dan wacan apemikiran di dalm lubuk hati masih mengalir dgn pantasnya, akan ku ukir dan palitkan segala pengetahuan yg aku ada di lembaran maya tidak bernyawa ini.walaupun meruntun menusuk kalbu, biarlah ianya menjadi sebuah pengabdian kepada diri untuk terus meluah,memuji serta mendalami maksud kehidupan diri di dunia yg serba fana ini. Sekian, luahan ikhlas sang hamba yg masih mencari cinta-Nya. Kuatkan jiwaku menghadapi dugaan-Mu, Ya Allah. Bukalah segala pintu nikmat yg ada pada diriku untuk terus sujud dan akur akan perintah-Mu.
Aamiin.

