0

pecah rindu pecah memori.

terkadang melihat gelagat para sahabat mahupun teman rapat bergembira, bermain dengan syok sakannya.
bila menuding jari ke arah diri ini, selama mana aku banyak menghabiskan sisa - sisa hidupku dengan perkara - perkara yang menyenangkan diriku? sudah terlalu seimbang? mungkin ya, mungkin tidak.

ya, aku mengerti sinar mahabbah yang sedang aku cari mulai semester ini amat goyah sekali. tidak pasti sama ada berpunca daripada sikapku sendiri mahupun anasir - anasir negatif yang menerajui segala kebungkaman di dalam diri. :)

adapun seorang manusia itu lalai dan alpa terhadap segala amanah yang diberikan, nescaya dan sudah pasti di akhirat kelak akan ditanya akan segala amanah yang telah diberikan sudah ditunaikan dengan baik mahupun tidak.
berat apabila diri menjadi tumpuan umum serta menjadi kayu pengukur dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan keperluan sosial sama ada masyarakat sekitar mahupun rakyat jelata@penduduk berminda kelas pertama secara amnya.

tiada kaitan dengan tajuk yang diolah hasil daripada idea yang terus digarap dan menjadi isu utama dalam penulisan pada kali ini. mungkin kebanyakan bingung dan keliru dimanakah permulaan cerita sebenar dalam penulisan@warkah yang sederhana kurang menarik ini. itu tidak penting, penulisan bermacam cabang dan cara pendekatan yang boleh dipilih mengikut kehendak hati yang disetai dengan niat yang suci.

ya, memori. kenapa disebut memori? mungkin dengan perkataan 'memori' tersebut mampu menjelaskan secra lebih terperinci mengenai memori - memori kehidupan @ bibit - bibit suka duka kehidupan dan berjaya membesar di alam fana yang hanya bersifat sementara ini. mungkin dengan adanya memori membuat kita tersenyum sorang - sorang, menangis tanpa sedar air mata berguguran sayu di lembah pipi yang mencoretkan seribu satu rahsia dalam diri, serta termenung di kala bulan bermain biola, menurut lagu si pujangga Hujan yang kerap bergesek biola dengan mood yang lebih bersifat instrumental dan klasik.

pecah rindu, pecah memori. ini baru permulaan. yang lain - lain, hanyalah selingan sebagai santapan awal pencuci mulut untuk minda yang sering letih memproses pelbagai kerja. silakan menikmati sekiranya amat gian dan tidak sabar untuk menikmati sarapan yang tidak seberapa tersebut. :). tidak dapat disangkal lagi bahawa setiap diri manusia mempunyai pelbagai memori yang pelbagai. anda faham makna disebalik ayat 'pelbagai' tersebut?. ya, saya sedar. saya memamng bukan pakar bahasa. ayat bercampur aduk dan mungkin boleh jadi lauk bercampur pelbagai jenis makanan kampung dan bandar.mungkin aku tidak pandai berkata - kata seperti mereka yang hebat berbahasa, namun aku juga punya cara yang tersendiri untuk menukilkan apa yang aku alami. sekian.
 
Copyright © Diari Sufi