0

Bukan fiksi.

hujan lebat membasahi tubuhku.
masakan tidak, aku berlari-lari anak dengan perlahan tanpa mempedulikan manusia sekitar.
meneruskan perjalanan tanpa rasa gundah gulana. menyisir sebanyak yang boleh akan air yg mengalir di celah-celah rambutku.
ku usapkan sekilas bagi memberi laluan pandanganku untuk terus fokus melangkah ke hadapan.
sedikit keraguan muncul dalam diri, apakah ini destinasi pasti yang ingin aku tuju. apa benar keadaan yang aku lihat ini?
rakusnya manusia merebut harta pinjaman ini, menjadikan aku terus ligat untuk berfikir mencari.
mancari hal yang tak pasti; mencari adakah aku punya sedikit waktu untuk mengubah semua ini?

aku terpaku sendirian. melihat telatah mereka;tingkah laku yg amat menjengkelkan jika ditayangkan di khalayak umum. dimana adat kesopanan dan kesusilaan mereka? sudah calar dimamah dek kesucian bahasa yang sukar dijaga?. aku diam membisu. apakah aku patut mendekati mereka dengan penuh lagak gaya seperti cendekiawan yang dijulang tinggi?. aku diam menyepi disebalik hujan lebat bulan November ini. masih, tiada titik noktah. aku termangu melihat sekawanan burung berterbangan pantas mencari tempat berlindung. mengapa aku tidak seperti mereka? segera mencari tempat berlindung namun tidak bagi aku?
masih berdiri dan mendongak muka ke angkasa melihat titik-titik hujan yang turun seperti ribuan kilauan panah yg menembak ke mukaku. apa haluan hidupku?

arghh. aku buntu. aku hilang kawlan, aku hilang akan sifat percaya pada diri.
Tuhan, tolong aku. jauhkan aku daripada kemelut yg melanda jiwaku ini. Engkau sahaja tempat aku menagih simpati. Percayalah, tuhan selalu ada.

segera aku menumpangkan diri di bawah sebatang pokok yang rendang. melihat pergerakan awan yang indah sambil menunggu si hujan hati berhenti. lantas, tanpa disedari, airmataku mengalir mengikut alir kulitku yg sembap dimamah hujan sebentar tadi, ku kira, andai waktu ini penarikan nyawaku dimulai, ampun dan maaf ku pinta pada mereka yang mengenali. tenanglah wahai hati.

Syahdu.
0

Kalau kau tahu apa yang aku tahu.

Bismillah.

Hai Sufi,
ni kali pertama kot dalam bulan ni kita bertemu lagi.
maaf kerana sudah sekian lama tidak membersihkan segala sawang dan kotoran dalam dirimu ini.
moga kau sihat saja, sufi.

kali ni,
aku menitiskn airmata seorang diri hari ini.
tanpa ku sedar, satu persatu suasana kanak-kanakku diimbas kembali di dalam rangkaian mindaku.
sungguh mengharukan. terasa sebak dijiwaku.
melihat sedalam-dalamnya anak mata mereka, menjadikan aku semakin kuat dan kental.
dalam menjadi seorang insan yang lebih berguna dan mendapat syafaat disisi-Nya.
Allahu.

Airmata ini semakin menitik. Lelaplah sebentar, sufi.
Moga hari esok memberi harapan dan sinaran yang baru buat diri.
hanyutlah dikau wahai sanubari..
 
Copyright © Diari Sufi