0

..



Dalam silauan cahya
Membatas pandangan mata
Namun jelas ku lihat kamu
Biarpun ku sedar kau kian jauh
Tinggalkan aku yang rapuh

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku rindui kamu

Apa yang ku fikirkan
Inilah penyiksaan
Biarpun beribu tahun
Dan namun kau sentiasa dihatiku
Menuai senyuman mu
0

menabrak minda tanpa sususan

tengah pagi ini sunyi.
kosong.
hamparan kertas-kertas soalan bertebaran sana sini.
menampakkan lagi kekusutan yang sedang bermain dalam fikiran.
di sudut tepi itu, kelihatan secawan gelas berwarna hijau menemani insan.
isinya hanyalah sedikit air sejuk yang kosong sambil sudu menjadi sauh abadi.
diminumnya rakus sekali tanpa sebarang perasaan sedikitpun.
mungkin kehausan yang teramat, mungkin.
berbekalkan tenaga yang ada,
dengan gagahnya menggapai secebis nota kecil yang usang.
terpancar perkataan bisa yang mbuatkan dia terpana seketika.

ditenungnya perkataan itu sekali lagi. 
senyumannya melirik bagai mendapat hadiah yang indah.
ingatan pada si dia muncul semula tanpa disedari.
walaupun ingatan tersebut cuba disekat, namun runtuh jua.
akhirnya, segala lintar pintas memori dahulukala dipancarkan semula.
dengan kudrat yang ada, digagahnya jua untuk bertahan.
akhirnya--terlantar kepenatan bersendirian.
penat.
mata samar-samar, padam.
dan kelam sementara.
0

Bingit

dalam hatinya,
penuh dengan deraian airmata.
menghela nafas
lalu menghembus ruang esofagus.
kelam.

hari seterusnya menjelma.
masih kaku dibayangi diri sendiri
bingit suara anak jantan mencelah
apa tidak dipecahkan saja
biar ramai
biar pekikan kedengaran
usah dipendam
usah disimpan
suarakan sahaja.
0

terima kasih

anda.
terima kasih.
sebab.
sudi meluangkan masa.
dengan saya.
terima kasih untuk,
segala cerita,
segala kenangan,
segala panduan,
segala pedoman,
segala tunjuk ajar,
segala keramahan,
segala ketidakpuas hatian,
segala apa yang tidak terungkap oleh rasa.

andai ada masa nanti,
pasti kita akan bertemu lagi.
kapan dong?
sabar,
tetap sabar dan terus menanti.
pasti ada mentari pagi yang memberi erti diri.
0

Masa Silam


nama aku unik.
sesuai dengan karakterku yang pelik.
janggal yang membuatkan manusia pelik melihatku.
watak berbeza dalam satu masa.
keliru untuk mereka menilainya tentang;
siapa aku yang sebenar.

waktu dinihari,
fajar menyingsing menarik tirai paginya.
mencari sinar diri yang masih dalam terapi.
menyusup di dahan bayu pepohon hijau.
melihat telatah manusia yang berbeza-beza.

runsing, dengan apa yang bakal aku hadapi pada hari esok.
mampukah untuk aku terus berdiri mencari simpati pada diri?
apa mungkin di saat aku tersungkur rebah;
 masih ada insan yang mempelawa sedikit keringatnya untuk aku?

harapan.
jgn mudah memberi harapan palsu andai engkau sendiri tidak mampu untuk melaksanakannya.
berkata dusta bukan kepalang menghasut segenap pemikiran dan jiwa.
lalu menjadi kotor disimbah minyak hitam yang pekat.
tanpa ada sebarang perasaan muncul jauh di sudut hati.

kepastian.
meniti hari esok yang penuh dengan keajaiban.
mengungkap setiap terpanculnya perkataan 
dengan penuh pengharapan.
ot tuhan, 
hanya padaMu ku serahkan segalanya
kepada Kau Yang Maha Satu.
0

Improper

i don't know how to describe this feelings.
is it suitable topic that i need to put on the title above?
whatever it is, i just make it fairly.
whatever the title could be, as long as people understand, that will be okay and understandable.

this is the story about a stubborn girl who is trying herself to wear a perfect clothes.
but, she still depressing on herself which the best clothes suitable and she will used for.
then, she asked some advice from her mother. her mother was so nice and polite.
her mother does not have any problems at all as long as the clothes covered herself perfectly.
as muslimah, her mother said that she need to bring example for other people outside there.
yes, for sure, to be a good example, she need to wear an appropriate clothes.

but then, the clothes she wear was very tight, close-fitting and sexy. imagine, the clothes she wear can see her body shape.

still, this was a story. meaningless.

 
0

Tentang Hawa

syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat aku menukilkan lagi warkah yang tersangat biasa ini.
lagi pula, aku bukanlah seorang yang kisah akan beribu pengikut setia mahupun tidak ini.
setidaknya, aku puas dengan apa yang ingin aku luahkan.
hawa.
kali ini, mungkin aku akan terjemahkan apa yang aku rasakan tentang hawa.
sepatutnya, tajuk kali ini lebih memfokus kepada tudng bawal yang aku minati.
tak kisahlah, asal ianya ada bersangkut paut dengan hawa.

hai hawa, apa khabar?
bagaimana kehidupanmu hari ini? masih segar meniti hari-harimu?
owh, nampaknya aku sedang lari dengan tajuk yang ingin aku kongsikan.
dari dulu, kini dan selamanya, aku amat meminti tudung bawal.
mengapa?
kerana aku merasakan ketulusan budi dan sekali melihat hawa mengenakan tudung sedemikian,
aku akan merasa senang melihat.
ya, mungkin aku telah dididik untuk melihat perkara-perkara yang mudah dan menyenangkan.
ya, aku kaui bahawasanya pengenaan tudung bawal amat rumit dan payah bagi mereka.
kerana aku mengetahui kepayahan bagi kaum hawa untuk menyeterika tudung itu setiap kali ingin memakainya.
hal ini juga kerana akulah yang sering ment=yeterika tudung bawal ibuku setiap kali dia ingin memakainya.

bayangkan tudung bawal labuh bidang 45? bidang 55? bidang 60?
ya, ibuku sebelum ini dibiasakan untuk memakai tudung bawal bidang 45,55.
namun, aku menasihati ibu untuk memakai tudung bawal bidang 60 kerana aku merasakan kejelitaan ibu lebih terserlah apabila mengenakan tudung bawal berbidang sedemikian.
alhamdulillah, ibuku tidak menolak mentah-mentah malahan menyuruhku untuk untuk menyeterika tudung itu.
sejujurnya, aku amat meminati hawa yang sanggup memakai tudung bawal walaupun ianya nampak old fashioned.
tapi bagi pandangan peribadiku, ianya amat sesuai dan masih relevan untuk digayakan.

panjang punya cerita pun, tiada gunanya. sebab, setiap dari kitamempunyai citarasa yang tersendiri. bukan kuasa kita untuk menghukum dan menilai seseorang itu, betul?
selagi ianya menepati syariat islam, maka ianya dibolehkan untuk hawa menggayakan pelbagai fesyen yang mereka minati.asalkan mengikut syariat islam.
cukup sahaja nukilan pada kali ini.
moga berjumpa lagi di lain warkah, sufi!
jaga diri elok-elok.
0

Dia

Warkah pendek dan mudah ini ku tujukan khas buat dirimu.
Walau kita tak pernah bertemu sejak lahir dahulu; ku pasti.
Pe'el mu dan diriku sudah menjadi ikatan yang sama warnanya.
Saat aku menghadapi perkara itu, kau juga tahu yang kau juga pernah melalui zaman perit itu.
Ku tahu apa yang terbungkam di jiwamu.
Ku fahami apa yang kau rasai pada wakti itu.

Tapi;
Kau harus sedar.
Walaupun aku tiada disisi.
Kau ada Dia untuk lebih mencintai.
0

Kisah Semalam

Semalam.

Semalam merupakan hari yang sukar.
Sukar bagiku untuk mendongakkan kepalaku melihatnya yang berada di sebelahku.
Risau seluruh riak mukaku akan disedari olehnya.
Namun ku tahu, dia mempunyai persamaan mengenai perasaan sepertiku.
Walaupun ku ragu, adakah ini cuma mainan sementara khayalan mimpi sang pengembara.
Banyak metafora hiperbola yang dicanangnya; aku menjadi semakin ragu dengan diri sendiri.
Apakah ini yang aku mahukan?
Apakah ini bahagianku sebagai salah satu asam garam menjadi penggertak sekilas rupa kalian?
Owh, tidak. Mencari titik noktah. Hilang pedoman diri.

Ditemani bayu angin yang sejuk lagi mempesonakan, aku menerawang keseorangan.
Mencari titik mula supaya aku mampu mengorak langkah semula.
Menghadapi detik-detik indah mahupun suka atau duka dalam hidup yang fana ini.
Apa yang patut aku lakukan? Sedangkan banyak perkara jarang-jarang untuk aku akukan.
Saat terkilas wajah kedua orang itu, aku makin sayu. Sayu dan kaku bagai nafas disekat berombak-ombak menginginkan untuk dilepaskan.
Argh, perasaan terumbang ambing kian terasa pabila melihat dua wajah itu bertukar-tukar tombol pintu hatinya.
Sayu.

Sesulit diri ini mencari apakah ramuan yang sesuai digunakan untuk merawat luka ini.
Apakah aku punya masa lagi untuk menjadikan setiap sinaran baru buat diri mereka tanpa ada anasir kilat muncul di balik anak mata.
Apakah sempat untuk aku membalas budi mereka pabila jala dan maut menerpa.
Aku menjadi semakin sayu. Dan berpusaranlah halilintar dalam hatiku. Seolah-olah menginginkan keredaan yang segera dalam hati ini.

Disebalik kekusutan itu, aku akui. Melihat hamparan itu, aku mengenal erti diri. Siapalah diriku ini jika mahu dibandingkan dengan dirinya. Aku mengalah, aku rebah diatas hamparan itu. Longlai buat seketika. Mataku kelam dibuai mimpi semula.
 
Copyright © Diari Sufi