Tentang Hawa

syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat aku menukilkan lagi warkah yang tersangat biasa ini.
lagi pula, aku bukanlah seorang yang kisah akan beribu pengikut setia mahupun tidak ini.
setidaknya, aku puas dengan apa yang ingin aku luahkan.
hawa.
kali ini, mungkin aku akan terjemahkan apa yang aku rasakan tentang hawa.
sepatutnya, tajuk kali ini lebih memfokus kepada tudng bawal yang aku minati.
tak kisahlah, asal ianya ada bersangkut paut dengan hawa.

hai hawa, apa khabar?
bagaimana kehidupanmu hari ini? masih segar meniti hari-harimu?
owh, nampaknya aku sedang lari dengan tajuk yang ingin aku kongsikan.
dari dulu, kini dan selamanya, aku amat meminti tudung bawal.
mengapa?
kerana aku merasakan ketulusan budi dan sekali melihat hawa mengenakan tudung sedemikian,
aku akan merasa senang melihat.
ya, mungkin aku telah dididik untuk melihat perkara-perkara yang mudah dan menyenangkan.
ya, aku kaui bahawasanya pengenaan tudung bawal amat rumit dan payah bagi mereka.
kerana aku mengetahui kepayahan bagi kaum hawa untuk menyeterika tudung itu setiap kali ingin memakainya.
hal ini juga kerana akulah yang sering ment=yeterika tudung bawal ibuku setiap kali dia ingin memakainya.

bayangkan tudung bawal labuh bidang 45? bidang 55? bidang 60?
ya, ibuku sebelum ini dibiasakan untuk memakai tudung bawal bidang 45,55.
namun, aku menasihati ibu untuk memakai tudung bawal bidang 60 kerana aku merasakan kejelitaan ibu lebih terserlah apabila mengenakan tudung bawal berbidang sedemikian.
alhamdulillah, ibuku tidak menolak mentah-mentah malahan menyuruhku untuk untuk menyeterika tudung itu.
sejujurnya, aku amat meminati hawa yang sanggup memakai tudung bawal walaupun ianya nampak old fashioned.
tapi bagi pandangan peribadiku, ianya amat sesuai dan masih relevan untuk digayakan.

panjang punya cerita pun, tiada gunanya. sebab, setiap dari kitamempunyai citarasa yang tersendiri. bukan kuasa kita untuk menghukum dan menilai seseorang itu, betul?
selagi ianya menepati syariat islam, maka ianya dibolehkan untuk hawa menggayakan pelbagai fesyen yang mereka minati.asalkan mengikut syariat islam.
cukup sahaja nukilan pada kali ini.
moga berjumpa lagi di lain warkah, sufi!
jaga diri elok-elok.

0 komen mereka ::

Post a Comment

 
Copyright © Diari Sufi