kembali kepada tempat asalmu
kesat airmatamu
ku mahu kau senyum seperti
bunga menguntum. =)
April.
lembaran baru ditulis semula.
kerana sudah lama tiada di sini,
jadi aku menulis semula di sini.
tentang rasa,
tentang jiwa,
tentang kita.
benar. ketika usia ini, banyak benda yang mengajar aku.
mengenai erti sebuah kehidupan.
erti sebuah pengorbanan,
erti sebuah persahabatan,
erti sebuah tengisan.
bukan kesemua erti itu dituju khas buat aku.
namun, ditujukan khas kepada orang orang yang berlegar di sekitarku.
sama ada sahabat, kawan, mereka, insan, keluarga mahupun sanak saudara.
aku pasti, kita memang sedang mengharungi segala liku dan cabaran itu.
segala perasaan, sama ada pahit manis tawar dingin dan sebagainya pasti terselit di hati.
namun, aku percaya yang kalian mampu mengharung segala perasaan itu dengan indahnya.
apa yang hendak aku kongsikan disini,
usah gentar dan terus berputus asa dengan apa yang sedang dilalui.
berpegangkan prinsip diri dan segala saranan yang telah diterjemahkan dalam Al Quran dan Hadis, kalian ikutilah.
insyaAllah ada nikmat disebalik semua itu.
aku tahu pada mulanya memang amat sukar. namun, percayalah, nikmat Tuhan yang mana hendak kamu dustakan? jangan risau.
berlayarlah,
bermusafirlah,
berjalanlah,
mencari erti kata yang sejati tentang kehidupan di alam yang fana ini.
moga moga, dengan lembaran kisahku ni, dapat memberi sedikit sebanyak semangat, harapan dan kemudahan kepada kalian dalam meniti arus kehidupan.
maafkan salah silap ketika tuturnya bicara yang tanpa sengaja mengguris hati. aku juga manusia, yang sedang berusaha mencari redha-Nya.
moga kalau ada kesempatan, dapat aku berkongsi kisah dengan kalian di lain acara.
assalam.
01:04 pagi.
16 April 2016
Genap 24 fullmoon

Subscribe to:
Posts (Atom)