0

Bareng Siroh

 Kenapa Rasulullah S.A.W tetap bersikap baik pada orang yang melukainya?

Kisah terberat beliau, dan jawaban yang bisa menyembuhkan hati yang telah disakiti.

Ada fase hidup saat kehilangan datang bertubi-tubi dan silih berganti. Orang yang melindungimu pergi. Orang yang menenangkanmu pergi. Kamu sudah memberi segalanya. Waktu, tenaga, perhatian bahkan air mata yang tidak pernah kamu  ceritakan.

Lalu saat mencoba bangkit, kamu justru ditolak. Sakit ya?

Capek ya, jadi orang baik yang tidak dianggap? Yang paling sakitbukan dilukai orang jahat, tapi saat kamu sedang hancur, lalu dunia ikut menolakmu.

Rasulullah S.A.W pernah ada di titik itu.

Suatu hari Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, pernahkan engkau mengalami hari yang lebih berat  dari hari Uhud?" Beliau menjawab dengan hari yang lain. Hari yang darahnya mengalir sampai ke sandal beliau.

Tahun itu disebut Amul Huzn, tahun kesedihan. Abu Thalib, pelindung beliau, wafat. Tak lama kemudian, Khadijah, tempat pulangnya, juga pergi selamanya. Mekah makin tertutup. Beliau kehilangan dua penopong sekaligus.

Maka beliau berangkat ke Thaif bersama Zaid bin Haritsah. Berjalan kaki, jauh, melewati gurun. Harapannya sederhana: semoga ada yang mau menerima dakwah ini, atau setidaknya melindunginya.

Di Thaif, beliau menemui para pemuka kaum. Jawaban mereka menyakitkan. Ada yang mengejek, ada yang meremehkan. Tidak ada yang mau menolong. Beliau pergi dengan tangan kosong.

Tapi mereka belum puas. Mereka menyuruh anak-anak dan orang-orang bodoh untuk mengusir beliau. Batu demi batu dilemparkan.Sorakan dan hinaan mengiringi sepanjang jalan.

Beliau berlindung di sebuah kebun anggur, lalu duduk bersandar pada dinding. Di sanalah beliau mengangkat tangan dan mengadu kepada Allah:

"Ya Allah, kepada-Mu aku mengadukan lemahnya kekuatanku dan sedikitnya daya upayaku di hadapan manusia..Selama Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak peduli."

Beliau tidak mengutuk Thaif. Tidak menyebut nama mereka dengan marah. Yang beliau khawatirkan hanya satu: apakah Allah ridha padanya?

Dalam kondisi terluka itu, seorang budak bernama Addas datang membawa setandan anggur.

Rasulullah S.A.W mengucap "Bismillah" sebelum makan. Addas heran, lalu bertanya tentang beliau. Ia akhirnya mencium tangan dan kepala beliau.

Di tengah semua penolakan, Allah kirimkan suatu hati yang lembut.

Lalu datanglah Jibril bersama malaikat penjaga gunung. "Jika engkau mau, aku akan timpakan dua gunung ini ke atas mereka."

Penduduk Thaif yang melempari beliau dengan batu, kini nasib mereka ada di tangan beliau. Satu kata saja.

Apa jawaban Rasulullah?

"Tidak. Bahkan aku berharap Allah akan mengeluarkan dari keturunan mereka orang-orang yang menyembah Allah saja dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun." 

Beliau punya kuasa untuk membalas, tapi masih memilih untuk mendoakan. Dan doa itu dijawab. Bertahun-tahun kemudian, penduduk Thaif datang sendiri dan masuk Islam.

Rasulullah mengajarkan bahawa akhlak yang paling indah terlihat justru saat kita disakiti. Saat punya kuasa untuk membalas, beliau memilih sabar. Saat dilukai, beliau memilih mendoakan.


"Mukjizat itu bernama Akhlak"


Nukilan papan kekunci,

5 Jamadilakhir 1448H, 15:20

0

....

Allah,bantu aku..
Pedihnya rasa ini..
Aku menangis lagi..
Lebih banyak dari waktu aku menangis dengannya,
Pada waktu itu..
Allah..
Hati aku sakit,Allah,pedihnya..😭
Malunya nak menangis depan dia lagi..
Sakitnya,Allah..
0

kamu

Saya ada disini,
Saya tak hilang,
Saya wujud,
Keberadaan saya ada di dunia ini.
Awak jangan segan silu maklumkan dekat saya tau. 
Saya akan sentiasa ada untuk awak. 
Sentiasa mendoakan awak, mendoakan kita.
Awak jangan hilang begitu sahaja,ya.
Awak perlukan masa tenang awak,dipersilakan.
Saya hormati.
Tapi sungguh,jangan lama sangat terjeguk dekat situ sahaja. Khabarkan berita awak dekat saya.
Sebab, saya pun takut saya boleh tahan seberapa lama dengan ketidakhadiran serta perkhabaran daripada diri awak.
Tolong ya, saya mohon.
Kita kembar,kan?

0

tautkan hati

HambaMu ini memohon kepadaMu,
Dengan rasa rendah diri,
Sebagai makhluk,
Sebagai khalifah,
Yang sentiasa kerdil dan mudah alpa,
Kuatkan hatiku,hati kami berdua Ya Allah.
Tanamkan sifat sakinah mawaddah warahmah,
Ke setiap pelusuk hati ini,hati kami.
Terbangkan,semaikan segala partikel mukjizat dan nikmatMu yang kaya itu.
Semoga,kami tetap bersama,searah dan berjalan selandasan dengan syariatMu.
Jauhkan segala sifat yang boleh meremukkan,memberantakan,melelahkan dan menghancurkan,
Semoga aku,dia dan kami,diberkati segalanya,lewat dari jalan rahsiaMu;
Tuhan Penguasa Langit dan Bumi.
Jangan bolak balikkan hatiku,
Cukup sahaja pengalaman lalu merentan dan mengajar erti kehidupan yang tulus pada diriku. 
AllahummaAamiin.
0

...

Tuhan,bantu aku.
Jangan persulitkan,permudahkan aku Ya Allah.
Laaa ilaaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzalimin..
0

Bercak

Sebelah mataku yang mempelajari,Gelombang kan mengisi seluruh ruang tubuhku,Terbentuk dari sel akut,Dan diabetes adalah sebuah proses yang alami.

Tapi sebelah mataku yang lain menyadari,Gelap adalah teman setia,Dari waktu-waktu yang hilang.
0

Kusut

Waktu terus berlalu,
Menampakkan riak muka sang punya diri,
Menelan semacam seribu rasa yang hadir,
Langkahnya nampak tak teratur,
Menampakkan kepalsuan yang selama ini,
Tersimpan rapi dalam dirinya.

Kadang bila difikir pendek,
Dia sendiri kaku dan menggumam rendah,
Atas apa yang dia ingin kecapi sekarang;
Kusut.
Jangan difikir pendek begitu,
Nanti menyesal seribu bahasa.
Dibiarkan perasaan itu berlalu,
Menarik nafas hela yang panjang,
Menghirup molekul oksigen dengan penuh sadar,
Bangkit semula jangan mudah termakan dengan hasutan membungkam diri.

Mungkin di sebalik tatapan kosongnya itu,
Penuh segala tanggapan dan perasaan yang berbelah bahagi.
Dirangkulnya sehelai kain baldu tanpa berbasa basi,
Menunduk bersujud menyembah dasar bumi,
Meluahkan segala apa yang dirasai,
Kepada pencipta sekalian seisi.


0

Tetapan Semula

Hai sufi,
Lama sungguh aku tidak menyapa perkhabaranmu,
Kau rindu aku?
Aku yang sekarang atau aku yang dulu?
Kau sihat,sufi?
Berhabuk sudah lembaran lama ini.
Mungkin sudah tiba masanya untuk aku kembali?
Mencoret segala apa yang berlegar di dalam mindaku?
Tetap semula.
Kau bersamaku,sufi.
Tetap bersama,
Tetap tumbuh dan utuh sesama.

6.00am
0

Semuanya bermula darimu.

Cabaran menanti setiap saat.
Hanya perlu kau mengambil pena,menyusun abjad ap yg sesuai untuk dirimu.
Selamat menempuh.
Selamat menjadi matang.

0

Kelahiran Penuh Cabaran

Selamat ulangtahun kelahiran.
Semoga dengan kesempatan yang ada,digunakan sebaik yang mungkin.
Perbanyakkan segala persediaan dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang.
Tempuh dengan penuh ketenangan wlaaupun terkadang payah untuk diduga arus yang tiba.
Cekalkan hati,pasakkan pada diri yang kau bukan berseorangan.
Ada lagi Yang Maha Kuat mendekat.
Percaya.

0

Kiasan.

Jari jemari pantas menari mengeluarkan segala isi yang terpahat di hati.
Merentas sempadan antara hakiki dan fantasi.
Lalu memanifestasikan diri mencari apa yang sebenarnya yang ingin diberi.
Hancur musnah segala gelodak belantara jiwa, yang dahulunya dipuja dan diangkat martabatnya tanpa perlu rasa hina.
Akibat sengketa sesama manusia yang bertopengkan keangkuhan serta ketamakan yang haloba.
Puaskah engkau?

Mengajar anak singa berlari,tapi kian dilupakan bahawa sang bapa dan ibundanya juga sama sepertinya.
Pemakan segala apa yang ada;sama.
Lalu mengapa dibeza-bezakan bagai membela nasibnya yang telah ditetapkan?
Paksikan segala tongkat bebanmu ke tanah,akurkan kepalamu untuk terus tunduk mengaku yang engkau tak punya semua yang ada ini.
Pandang ke langit,lihat pada awan,bintang dan semua yang ada;memohon maaf atas segala sengketa yang sengaja engkau ciptakan.

Berlari bertempiaran,bergelak tawa hilainya kedengaran tanpa ada senada sumbang.
Riak raut wajahnya menampakkan kekalutan yang sedang menghujani peri diri.
Apa engkau sedang termenung?
Apa engkau sedang menyimpan seribu segala macam rasa yang sukar diludah dihembus dengan mudah?
Apa engkau berencana untuk menafikan lalu melebar sayap egomu hingga merosakkan segala kemanisan dunia yang engkau ciptakan?
Ah,sudah.
Taringmu kian tumpul,menampakkan sendi-sendi keresahan yang engkau sendiri sukar padamkan.

Tarik nafas dalam-dalam.
Nikmati apa yang sudah sedia terbentang indah di benak matamu.
Nikmat bersyukur acapkali perlu dilazimkan menjadi igauan sang kicauan yang terkumat-kamit berbicara bahasa Tuhan.
Mengertilah jiwa-jiwa yang usang.
Hanya madah bukan pujangga si peniup yang cintakan kehidupan..

0

Ombak

Rasanya sangat lama aku tidak menyibukkan diri di perbatasan media.
Akaun sosialku semakin menghampiri fasa menyahaktif akibat sudah lama ditinggalkan bersawang. Terkubur begitu sahaja.
Agaknya,apakah perkembangan putaran roda hidup manusia yang mengenaliku?
Aku mengharap kalian semuanya sihat hendaknya.
Maaf andai saban awal tahun ini,aku tidak banyak berbicara. Fasa mengemaskini perihal diri mungkin. Banyak yang perlu aku titipkan nota diri di setiap laluan yang perlu aku lalui.
Ya,banyak kenangan terindah,terburuk berlaku. Tapi itu tidak bererti aku membiarkan diri hancur dimamah dan dirakus dengan keegoan diri.
Aku percaya,jika aku mahukan yang sekian begitu,sekian begini..maka semuanya perlulah dimulai dengan mengubah persepsi dan pemikiran diriku.

Terima kasih,sufi dalam diri. Kau sentiasa bersamaku. Walaupun terkadang aku celaru dan keliru untuk membezakan apakah itu betul-betul diriku atau engkau yang bermonolog dengan diriku. Padahal,sufi itu tidak wujud. Aku yang ptut kuat untuk tetap tumbuh mekar dgn jasad dan roh diriku sendiri. Sufi ini hanya medium sahaja. Lagipula,aku yang mengandaikan yang dalam diriku ada engkau,sufi. Asalkan aku dapat berfikir dengan benar,engkau tetap perlu ada bersamaku,wahai sufi-yang-aku-namakan.

Sarat beban kehidupan memang begitulah. Ada masa ceria,ada masa berduka,ada masa perlukan teman bicara,ada masa inginkan bersendirian tanpa sesiapa menganggu,itu normal. Kadang keadaan yang dihadapi itu yang membuatkan aku,kamu,dia,kita dan mereka menginginkan menjadi seperti begitu.

Pokok pangkalnya,aku masih berusaha untuk menenangkan diri. Walaupun banyak kali tersungkur dan penuh dengan noda-noda,masih ada secebis pengharapan yang bercahaya terang untuk aku menyelongkarinya. Yup,manusia memang tidak sempurna. Tetapi,jangan disebabkan perkataan 'tidak sempurna' itu menjadi alasan untuk tetap selesa dengan tabuat yang lama. Orak langkah dengan tenang,yakin dan penuh pengharapan. Kerana apa? Kerana Dia.

0

15 Maret.

Never feared for anything
Never chained but never free
A light that healed the broken heart
With all that it could

Lived a life so endlessly
Saw beyond what others see
I tried to heal your broken heart
With all that I could
Will you stay?
Will you stay away forever?

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
I have so much to say but you're so far away

Plans of what our futures hold
Foolish lies of growing old
It seems we're so invincible
The truth is so cold

A final song, a last request
A perfect chapter laid at rest
Now and then I try to find
A place in my mind
Where you can stay
You can stay awake forever

Sleep tight I'm not afraid
The ones that we love are here with me
Lay away a place for me
'Cause as soon as I'm done I'll be on my way
To live eternally

I love you, you were ready, the pain is strong and urges rise
But I'll see you when He let's me
Your pain is gone, your hands untied

So far away
And I need you to know
So far away
And I need you to, need you to know

May all of you have a good place in paradise..
To Allah we all belong and to Him we returned.

0

10.12

Semoga cekal bersama hingga ke akhirnya.
Tarikh ini pemula segala ceritera kita.
Akan ku semadikan seisinya dlm duniaku.
Kerna ku tahu,engkau juga begitu.
Terima kasih utk saling mngingatkn.
Terima kasih.

0

Sufiiii

Hai sufi.
Maaf.
Aku sibuk.
Aku perlukan rehat ini,sufi.
Doakan aku.
Batuk,selesema,pening,demam.
Semua ada.
Doakan aku kuat!
Jaga dirimu,sufi.

0

Lupa?

Orang sekeliling. Itulah mereka.
Cakap bersahaja tanpa ada rasa yang menyebal di dada.
Begitu mudah menjadi pendamai dengan menimbag tara secara pukal.
Pendekatan naturalisasi digunakan tanpa ada sebarang faktor yang terlibat.
Apa hidup kita perjalanannya sama?

Lupakan? Ahh.
Aku masih sama.

0

Luh Mahfuz

Hiba rasanya hari ini.
Pada waktu tengahari yang redup ini.
Airmataku berguguran tanpa ku sedari.
Sungguh,
Ingin aku menjadi ego dalam mencurahkan airmata.
Agar dapat aku selindungkan segala keresahan dan seribu macam rasa.

Wahai ayah,
Lenaku dikejutkan dengan panggilan darimu.
Sungguh aku tak pasti apa yang bakal keluar dari mulutmu.
Ahh,jika duputar kembali 20 minit yang lalu,
Pasti aku mendapatkanmu lalu memeluk tubuhmu.
Dapat ku rasakan apa yang terpendam di hatimu,
Dapat ku bayangi kelopak air dari sinar matamu.
Andainya berkerdipnya engkau,
Pasti ada hakuan airmata mengalir lembut jatuh.
Usia seawal 24 tahun,
Banyak mengajar aku tentang,
Banyak menyedarkan aku tentang,
Banyak membungkam segala benak otak fikiran,
Tentang,
Mengapa engkau tidak banyak bicara,
Apabila sang hati menjelma menyapa dirimu.
Mengapa engkau diam membisu?
Mengapa engkau tidak membantu?
Mengapa engkau membiarkannya begitu?
Awalnya,sebahagian besar perkara banyak menuding salah padamu;
Walau kau sendiri tahu jawapan yang sebenarnya dan apa yg telah berlaku.
Kau sorokkan lukamu.
Kau hilang segala keresahan itu.
Apa aku banyak mengikutmu?
Atau aku banyak berfikir seperti ibu?

Umurku kian meningkat,
Waktuku semakin singkat.
Aku sedar banyak jiwa yang aku telah lukai.
Atas alasan aku juga perlu mencari maknawi diri.
Tapi satu hal yang pasti,
Kesetiaanku bukan untuk diragui.
Jika diraguinya itu atas sebab yang telah ditetapkan oleh Sang Pemilik Jiwa,
Perlu akur dan redha akan segala ceritanya,
Apa ianya sudah termaktub di luh mahfuz,bukan?
Apa engkau masih meragui?

Enyahkan segala rasa kecewa.
Walaupun tempoh bertenang sangat panjang.
Kau perlu tahu,
Andai sahaja kau hilang fikiran dan tiada daya,
Bentangkan hamparan sambil menunduk malu pada Tuhan.
Akan kau dapati segala keasyikan dan ketenangan yang mampu,
Untuk kau bangkit kehadapan,
Menghadap raksasa lara dan penuh misteri yang sudah terbentang.

Dua puluh minit yang dibual bersama,
Mungkin tidak cukup untuk diborakkan bersama,
Aku tahu aku kurang memahami,
Setiap gerak geri hatimu aku sering terkunci,
Namun apa yang aku pasti,
Kau mula memberi bukti tanpa engkau sedari,
Kerna hatimu tidak berbasa basi.
Nasihatmu sangat mudah aku ikuti,
Berhari-hari aku menghadap Ilahi.
Ku serahkan segala apa yang terjadi,
Akan ku lihat engkau;
Di dalam anak-anakku pasti.

0

Tadabbur dalam takbur si perantau.

Hai sufi.
Lama sudah aku tak menyinggah di rumah kesayanganku ini. Agak lama jugak kan? Rumah yg dah di renovate. Dibuang segala tulisan2 yg dahulunya kasar dan tiada rasa belas kasihan.
Engkau sahajalah sufi yg sama2 dgn aku membangun rumah ini. Byk perubahan yang kita dah lakukan bersama. Maafkan aku sufi sbb xbyk barang yang aku bawa masuk ke dlm rumah kita ini. Sebabnya,aku xrasa semua brg yg aku bawa masuk ke sini blh menceriakan dan memuaskan hati. Ad barang yg peelu disewakan,dijual atau dibuang begitu sahaja. Maafkan andai aku tak menghias rumah kita dgn segala kemewahan yg sepatutnya ada. Sufi,sihat? Masih bermonolog sendirian? Apa kau masih tetap dan kekal bersama dgn aku,sufi? Walaupun engkau tak wujud secara nyata pun sufi,aku tau kau dpt rasa dan menyelami apa yg aku rasa. Engkau sungguh hebat sufi. Bukan calang2. Aku terkesima dgn kebolehanmu. Eh sekejap. Nt aku dtg lagi. Kita borak lagi. Janji ya,sufi?

0

Tres Empre de Au Khaeyalain Kachaa

Kegagalan menjadi bayangku
Mendung gelap
Hancur langit ke-tujuh
Gelap malam
Memagar langitku
Angin kencang masih berdebu

Langkah-ku mati
Gerak lidah terhenti
Khayalanku masih sempit
Naluri hati menunggu mati
Terbongkar rahsia dunia
Siapakah mereka?
Ahli sial neraka
Di-syurga dunia
Tapi engkau masih leka.

Berkhayalan di-celahan kaca
Mendung timbul
Hujan di utara
Langkah-ku mati
Gerak lidah terhenti
Khayalanku masih sempit
Naluri hati menunggu mati..

0

Andaiku Pergi..Maafkan. 💪

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu..

......................................................

Mungkin nyatanya banyak perkara yang dipendam daripada yang diluah. Bersebab dan punya hasrat yang tersendiri. Hanya mengharapkan motivasi dan sokongan moral. Sudah memadai.

Sejarah hitam pasti membelenggu diri. Masih bertatih,bukan sengaja mereka cipta. Biarlah. Hati yang satu sudah cukup sedia paham apa yang dirasa.

Kuatkan dirimu sufi.
Tetap berjuang di balik lembaran tirai syahdu.

 
Copyright © Diari Sufi