Perhatikan keadaan di sekeliling kita. Penuh warna warni kehidupan. Ada yang manis, pahit, perit, sedih, gembira, hilai tawa dan sebagainya. Pastinya, hidup ini amat indah dn pelbagai, bukan?. Begitu juga halnya dengan keadaan diri kita di dunia ini. Sentiasa ingin pembaharuan. Seusai menggunakan sesuatu benda, pastinya kita ingin menukarkan benda yang lebih elok lagi, lebih gahnya di mata manusia, lebih canggih dan sentiasa memudahkan pergerakan dalam kehipuan kita. Namun, terkadang kita tidak sedar bahawa barangan yang lama tersebut mempunyai cerita dan keunikan yang tersendiri selain banyak memberikan jasa kepada kita walaupun hanya seketika cuma.
Perhatikan semula di sekeliling kita. Banyak yang sudah berubah, bukan? Hanya sedar dan tidak sedar sahaj pengukurnya. Perubahan diri kita, perubahan keadaan atau tempat tinggal kita, perubahan corak pemikiran kita, dahulu darah muda sekarang darah tua. hee. Erm, bukan itu yang perlu digumbar-gambirkan. Bukan itu. Cukup!. Bukan itu.

Rindu dengan kisah manis dahulu?. Kisah-kisah yang sentiasa menjadi perbualan, terletak segar di ingatan bagi aku, engkau, dia, kami dan kalian?. Apa penyebabnya? Sebab apa kenangan dahulu sentiasa menjadi ingatan yang paling berharga dalam hidup kita?. Semuanya bermula disini. Keikhlasan dalam bersahabat, dalam berkeluarga, dalam pergaulan, dalam komuniti dan dalam ransangan diri juga. Ikhlaslah punca segla kerinduan, kemesraan, keakraban, kepatuhan dan kunci segala kekuatan pada diri. Ingat lagi waktu kita berkenalan, bertegur sapa tanpa ada rasa malu sedikitpun? Kerana hanya untuk bermain bersama, berkongsi alat permainan, berkongsi segala hilai tawa yang sering terngiang jelas di telinga kita sehingga kita dewasa. Ingatkah lagi dimana ibu dan ayah memarahimu dan menegurmu dengan penuh hikmah akibat tindakan kamu yang kurang senang dimata manusia?. Masih terasakah sakitnya birat-birat luka di badanmu akibat kedegilanmu itu? Masih ingatkah kamu akan hancurnya keremukan hati ibu dan ayah menangis kegembiraan melihat kamu berjaya menggapai apa yang dikehendaki oleh mereka? Ingatkah kamu?.
Wahai remaja, sekarang kamu sudah cukup dewasa, tahu untuk melangkah ke arah yang benar, faham akan apa tujuanmu dilahirkan. Tujuan kamu sudah cukup berbeza bukan berbanding dengan zaman hilai tawa kanan-kanakmu itu?. Ayuh, berubahlah. lakukan coretan diari hatimu itu dengan penuh barakah agar pada saat terakhirnya degupan jantungmu itu, segala kenangan akan tersemat abadi menuntun perjalananmu di akhirat nanti. Usah bimbang, usah berfikran celaru. Hanya pada Allah tempat kita kembali. Kenapa perlu bimbang? Dia yang menciptakanmu, dan Dia berhak untuk berbuat apa sahaja kepadamu. Mengapa perlu takut?. Ikhlaskan nuranimu. Sebelum nafasmu terhenti, ikhlaslah dalam segala urusan walaupun terkadang urusan tersebut, perkara tersebut, hal tersebut amat menyakitkn dirimu. Usah menyerah sebelum berjuang. Kukuhkan keperibadianmu. Ya, benar. Tidak aku akui terkadang kita lebih gemar untuk melawan daripada menerima perkara tersebut. Namun, siapalah kita yang berhak mengadili perkara tersebut. Kita tiada kuasa, kita tiada apa-apa.Kita hanya manusia yang berjiwa hamba. Jangan dilawan serta melakukan apa-apa perkara yang ditegah-Nya. Takut nanti badan binasa tak berkepalang di akhirat kelak.
Dunia memang anda berkuasa. Diakhirat kelak, anda ada kuasa?. Siapa anda?. Wang berjuta pun hanya pinjaman, pangkat dan gelaran pun hanya laku di dunia, apa kuasa anda?. Masih nak bermain bara api lagi yang sudah terang bernyala di depan anda?. Berubahlah. Takut tak sempat nak berubah, bila-bila masa sahaja nyawa anda maut di tangan malaikat Jibril. Berani melawan?. Cubalah.
Perhatikan semula di sekeliling anda. Renung sejenak. Masih ada lagi segelintir manusia yang bersusah payah mengalunkan irama-irama agama dengan penuh semangat. Anda tidak sedar ataupun anda hanya buat-buat tak sedar?. Tunggu apa lagi?. Berdampinglah dengan mereka. Tak kan disebabkan ayahanda EGO anda itu, dengan para ulama pun anda xpandang dah?. Hey, elok sikit!. Dia kaya ilmu, anda kaya harta je. Apa barangla sangat kalau nak dibandingkn. Anda ingat harta anda yang banyak tu boleh bg anda rasuah untuk masuk ke syurga ke? eei, sorila beb. Wa tak main la harta berjuta-juta nih. banyak harta kalau pandai buat sedekah, buat amal tak pe la. ni tak. Habis berapa ramai manusia lu dah rasuah ma?. Jangan heran la nanti,
time ko meninggal, (bahasa elok sikit, kang men sebut mati plak tak jadi ape kang) ko tengok la sape je yang pegi korek lubang kubur, mandikan ko, kapankan ko, sape? Orang-orang yang tak berharta jugak kan. Tengok, sanggup tak sanggup diorang pergi
settlekan masalah pengebumian ko? Mana kengkawan ko yang berharta tuh? Mai la panggil. Meh tolong gali lubang sat. Yaah. Ntah-ntah cara nak solat arwah pun terkapai-kapai lagi. Back to basic geng. kalau basic pun tak kuat, nak yang advanced pun apatah lagi.
Beringatlah sahabat, saudara seagamamu. Andai langkahmu tersungkur jauh, tersasar jauh, baliklah ke landasan kita yang asal. Ingat sapa pencipta kita. Jangan
tyme dah putus asa, masa itu la mulut kadang terhambur keluar cakap benda-benda yang tak elok tentang Allah. tak adil la, lambat bagi nikmat la, ape la. Fikir la positive.
LA YUKALLIFULLAHU NAFSAN ILLA WUS'AHA!
Maaf atas kekhilafan , keterlanjuran diri.