0

andaiku pergi

kiranya terjadi perpisahan yang terakhir ini, aku menyusun seribu kemaafan kepada kalian atas kekhilafan yang pernah aku lakukan.
maafkanlah aku. sungguh, memang sukar untuk melupakan apatah lagi memaafkan seseorang.
aku..
doakan..
kalian..
bahagia..
1

Sedarilah Dirimu


Kalau benar Ramadan sudah berhasil engkau hayati,
Baranmu sudah berkurang, berganti dengan tolak ansur dan memaafkan.
Cacianmu sudah berkurang, berganti dengan pujian dan memberi penghargaan.
Jual belimu sudah berkurang, berganti dengan jimat cermat serta hemah dalam perbelanjaan.
Tidurmu sudah berkurang, berganti dengan Qiyam, munajat dan rintihan memanggil keampunan.
Berat badanmu sudah berkurang, berganti dengan disiplin pemakanan tanda Taqwa mengalir ke pelusuk badan.
Musuhmu sudah berkurang, berganti dengan rakan kerana kejahatan berjaya kaubalas dengan kebaikan dan kemuliaan.
Nafsumu sudah berkurang, berganti rasa ringan tubuh untuk menyahut jemputan-jemputan Tuhan.
Laghamu sudah berkurang, berganti dengan tilawah al-Quran dan zikir khasiat kerohanian.
Kerut dahimu sudah berkurang, berganti senyuman tanda imanmu menimbulkan kedamaian.
Rungut keluhmu sudah berkurang, berganti doa dan cadangan tanda dirimu semakin bersungguh mencari penyelesaian.
Angan-anganmu sudah berkurang, berganti dengan AMAL pada setiap saat sementara pelita hidupmu belum dihembus kematian.

0

Disitu Bermula Kehidupan Baru

Ya, kehidupan baru. Kehidupan yang dahulunya dianggap jahiliah kepada kehidupan yang lebih bermoral dan berteraskan syariat Islam. Bukan sahaja menikmati kehidupan yang baru, tetapi perlu mengubah segala tanggapan dan menerima segala pengajaran yang baru dengan seikhlas mungkin. Berilah peluang untuk diriku, dirinya dan diri mereka - mereka yang menginginkan perubahan. Bukankah dengan menjadi seorang yang baik budi pekerti diusahakan lagi untuk menjadi yang LEBIH baik pekertinya merupakan suatu perubahan yang mulia?.
Mencari keredhaan Allah itu adalah tugas kita, khalifah-Nya di muka bumi ini. Beringatlah, dunia ini hanyalah sementara, tempat persinggahan kita untuk mengumpul, mencari dan memakmurkan segala apa yang disuruh di dunia yang fana ini. Berubahlah kalian, moga dengan perubahan baru ini memberi erti yang cukup bermakna dalam kehidupan kalian. Ya!. Begitu juga halnya kepadaku. Berusaha untuk berubah walaupun lidah terkadang resah merungut betapa sukarnya untuk melakukan perubahan yang sedikit berbeza daripada rutin - rutin sebelumnya. Namun, tak kan nak mengalah sebelum berjuang, kan?. Kita usaha semana mampu dan daya kita. Insya-allah. Ada jalannya.
Berfikir sejenak. Balik kepada kejadian asal kita. Mana tahu dari situ kita mendapat inspirasi untuk sentiasa melakukan perubahan yang positif terhadap diri kita sendiri. Tambahan, dapat la menjaga hubungan kita dengan Allah, hubungan dengan manusia itu sendiri dan hubungan - hubungan yang lain. Apa lagi?. Jom berubah. Mana tahu ada lagi banyak kemanisan rahsia yang Allah belum bongkarkan untuk kita.
p/s : salah dan silap yang lalu usah dikenang. ya, sungguh, bukan mudah untuk melupakan. sangat pahit. tapi apalah daya kita, kita tiada kuasa untuk semua itu.bermaafanlah. mungkin dari situ terbitnya rasa KEINSAFAN DIRI. bermuhasabahlah..
~selingan minda~
2

Kalaulah KekasihMu Masih Bersama Kami

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...


Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب
------------------------------------------
يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب 
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك
1

Apakah kamu sedar di sebalik makna semua ini?

Di saat kita sedang bergumbira sakan di luar sana, ada segelintir manusia yang menangis hiba memerlukan sokongan daripada kita.
Di saat kita sedang bersenang lenang, ada sebahagiannya senang menangisi mayat anak mereka yang mati kelaparan dek ketiadaan bekalan makanan yang mencukupi.
Di saat sang kecil meratap pemergian ibu kesayangannya, ada sekelompok manusia yang sedang menangisi pahlawan agama mereka yang terkorban dek sikap manusia yang sering terkaut menelan diri.
Di saat si ibu sedang merintih kesakitan di dalam jiwa atas sikap anaknya, ada lagi insan yang merintih kesyahduan melihat kekuatan si ibu menongkah hidup dunia yang fana ini.
Di saat itu juga, ada segelintir manusia yang tidak faham tentang perkara tersebut, lantas memajukan telunjuk jarinya kepada manusia yang tidak berdosa itu. Habis segala amarahnya disedekahkan kepada ibu yang tidak berdosa itu. Anak-anak hanya mampu melihat dan menangis dengan penuh syahdu. Kesian si ibu. Menjadi mangsa keadaan yang masih gagal diperjelaskan. Namun, apakan daya. Semua itu orang-orang yang aku sayangi.
Di saat kita bergelak sakan bersama sahabat tercinta, kita tidak sedar air mata seorang ibu deras mengalir disebabkan kerisauan terhadap anaknya supaya tidak bergaul dengan insan-insan yang mampu melalaikan daripada tujuan utama hidup kita.

Cuba kita tukar posisi keadaan di setiap saat itu. Apa yang kita rasa? Gundah, kecewa, bukan?.begitu juga halnya dengan mereka-mereka yang sedang melalui segala kegetiran keadaan-keadaan itu.

Wahai anakku yang tercinta, sedarlah dikau bahawa tidak semuanya indah dalam hidup kita?. Renung sejenak. Letakkan dirimu di setiap saat dengan merasai kepedihan dan keperitan yang ditanggung oleh mereka. Apakah kamu sedar di sebalik makna semua ini?

Aku atau dia yang salah?

Perhatikan keadaan di sekeliling kita. Penuh warna warni kehidupan. Ada yang manis, pahit, perit, sedih, gembira, hilai tawa dan sebagainya. Pastinya, hidup ini amat indah dn pelbagai, bukan?. Begitu juga halnya dengan keadaan diri kita di dunia ini. Sentiasa ingin pembaharuan. Seusai menggunakan sesuatu benda, pastinya kita ingin menukarkan benda yang lebih elok lagi, lebih gahnya di mata manusia, lebih canggih dan sentiasa memudahkan pergerakan dalam kehipuan kita. Namun, terkadang kita tidak sedar bahawa barangan yang lama tersebut mempunyai cerita dan keunikan yang tersendiri selain banyak memberikan jasa kepada kita walaupun hanya seketika cuma.

Perhatikan semula di sekeliling kita. Banyak yang sudah berubah, bukan? Hanya sedar dan tidak sedar sahaj pengukurnya. Perubahan diri kita, perubahan keadaan atau tempat tinggal kita, perubahan corak pemikiran kita, dahulu darah muda sekarang darah tua. hee. Erm, bukan itu yang perlu digumbar-gambirkan. Bukan itu. Cukup!. Bukan itu.

Rindu dengan kisah manis dahulu?. Kisah-kisah yang sentiasa menjadi perbualan, terletak segar di ingatan bagi aku, engkau, dia, kami dan kalian?. Apa penyebabnya? Sebab apa kenangan dahulu sentiasa menjadi ingatan yang paling berharga dalam hidup kita?. Semuanya bermula disini. Keikhlasan dalam bersahabat, dalam berkeluarga, dalam pergaulan, dalam komuniti dan dalam ransangan diri juga. Ikhlaslah punca segla kerinduan, kemesraan, keakraban, kepatuhan dan kunci segala kekuatan pada diri. Ingat lagi waktu kita berkenalan, bertegur sapa tanpa ada rasa malu sedikitpun? Kerana hanya untuk bermain bersama, berkongsi alat permainan, berkongsi segala hilai tawa yang sering terngiang jelas di telinga kita sehingga kita dewasa. Ingatkah lagi dimana ibu dan ayah memarahimu dan menegurmu dengan penuh hikmah akibat tindakan kamu yang kurang senang dimata manusia?. Masih terasakah sakitnya birat-birat luka di badanmu akibat kedegilanmu itu? Masih ingatkah kamu akan hancurnya keremukan hati ibu dan ayah menangis kegembiraan melihat kamu berjaya menggapai apa yang dikehendaki oleh mereka? Ingatkah kamu?.

Wahai remaja, sekarang kamu sudah cukup dewasa, tahu untuk melangkah ke arah yang benar, faham akan apa tujuanmu dilahirkan. Tujuan kamu sudah cukup berbeza bukan berbanding dengan zaman hilai tawa kanan-kanakmu itu?. Ayuh, berubahlah. lakukan coretan diari hatimu itu dengan penuh barakah agar pada saat terakhirnya degupan jantungmu itu, segala kenangan akan tersemat abadi menuntun perjalananmu di akhirat nanti. Usah bimbang, usah berfikran celaru. Hanya pada Allah tempat kita kembali. Kenapa perlu bimbang? Dia yang menciptakanmu, dan Dia berhak untuk berbuat apa sahaja kepadamu. Mengapa perlu takut?. Ikhlaskan nuranimu. Sebelum nafasmu terhenti, ikhlaslah dalam segala urusan walaupun terkadang urusan tersebut, perkara tersebut, hal tersebut amat menyakitkn dirimu. Usah menyerah sebelum berjuang. Kukuhkan keperibadianmu. Ya, benar. Tidak aku akui terkadang kita lebih gemar untuk melawan daripada menerima perkara tersebut. Namun, siapalah kita yang berhak mengadili perkara tersebut. Kita tiada kuasa, kita tiada apa-apa.Kita hanya manusia yang berjiwa hamba. Jangan dilawan serta melakukan apa-apa perkara yang ditegah-Nya. Takut nanti badan binasa tak berkepalang di akhirat kelak.

Dunia memang anda berkuasa. Diakhirat kelak, anda ada kuasa?. Siapa anda?. Wang berjuta pun hanya pinjaman, pangkat dan gelaran pun hanya laku di dunia, apa kuasa anda?. Masih nak bermain bara api lagi yang sudah terang bernyala di depan anda?. Berubahlah. Takut tak sempat nak berubah, bila-bila masa sahaja nyawa anda maut di tangan malaikat Jibril. Berani melawan?. Cubalah.

Perhatikan semula di sekeliling anda. Renung sejenak. Masih ada lagi segelintir manusia yang bersusah payah mengalunkan irama-irama agama dengan penuh semangat. Anda tidak sedar ataupun anda hanya buat-buat tak sedar?. Tunggu apa lagi?. Berdampinglah dengan mereka. Tak kan disebabkan ayahanda EGO anda itu, dengan para ulama pun anda xpandang dah?. Hey, elok sikit!. Dia kaya ilmu, anda kaya harta je. Apa barangla sangat kalau nak dibandingkn. Anda ingat harta anda yang banyak tu boleh bg anda rasuah untuk masuk ke syurga ke? eei, sorila beb. Wa tak main la harta berjuta-juta nih. banyak harta kalau pandai buat sedekah, buat amal tak pe la. ni tak. Habis berapa ramai manusia lu dah rasuah ma?. Jangan heran la nanti, time ko meninggal, (bahasa elok sikit, kang men sebut mati plak tak jadi ape kang) ko tengok la sape je yang pegi korek lubang kubur, mandikan ko, kapankan ko, sape? Orang-orang yang tak berharta jugak kan. Tengok, sanggup tak sanggup diorang pergi settlekan masalah pengebumian ko? Mana kengkawan ko yang berharta tuh? Mai la panggil. Meh tolong gali lubang sat. Yaah. Ntah-ntah cara nak solat arwah pun terkapai-kapai lagi. Back to basic geng. kalau basic pun tak kuat, nak yang advanced pun apatah lagi.

Beringatlah sahabat, saudara seagamamu. Andai langkahmu tersungkur jauh, tersasar jauh, baliklah ke landasan kita yang asal. Ingat sapa pencipta kita. Jangan tyme  dah putus asa, masa itu la mulut kadang terhambur keluar cakap benda-benda yang tak elok tentang Allah. tak adil la, lambat bagi nikmat la, ape la. Fikir la positive.

LA YUKALLIFULLAHU NAFSAN ILLA WUS'AHA!

Maaf atas kekhilafan , keterlanjuran diri.
0

Jangan Sia-Siakan

Jangan sia-siakan
Umur terus berlalu
Tanpa membuat bekal
Untuk masa hadapan

Ingat di suatu waktu
Kita akan bertemu
Saat pertanggungjawaban
Di hadapan Tuhan

Saat dan masa itu
Jangan diharap lagi
Tuhan akan membantu
Dari kanan dan kiri

Walau akan menjerit 
Meratap petang dan pagi
Tiada orang membela
Melain amal sendiri

Lagu & Lirik : Copyright Control
Hijjaz Records Sdn. Bhd.



0

Dimana Rasa Kesyukuranku

Diri ini jarang bersyukur dengan apa yang ada tetapi sering mendambakan apa yang tiada. Orang yang kaya hatinya akan sentiasa melihat pemberian Tuhannya itulah yang terbaik. Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta tetapi Dia memberikan apa yang kita perlu. Tuhan mengetahui kelemahan dan kekuatan setiap hamba-Nya, maka bersyukurlah.

0

Tidak Ada Tuhan Selain Allah

La ilaha illallah, muhammadur rasulullah.
berfikir sejenak disebalik maksud kalimah agung ini.
Ya Allah!.

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Al-Isra:23)


Kadangkala kita alpa selepas puas hidup kita dipenuhi dengan pelbagai nikmat dunia, padahal semua itu hanyalah sementara. Kita jarang untuk berfikir sepenuh hati kita mengapa Allah S.W.T menciptakan kita di muka bumi ini? Apa tujuan sebenar kita. Ya, benar, memakmurkan muka bumi ini.

"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."
(Surah Az-Zariyat:56)

Merenung sejenak. Kembali terasing. Amiin

0

Di Hujung Sudut Hati



Sufi,

Engkau selalu sentiasa mengorak langkah kehidupan bersamaku

Tanpamu,siapalah aku yang masih goyah meniti liku-liku kehidupan




Dengan penuh harapan, aku sentiasa bersamamu sufi,

Meredah lautan duniawi dalam mencaci kebahagian kita di akhirat nanti

Betapa sukarnya segala onak dan duri kehidupan yang perlu kita tempuhi bersama

Kepada Allah, Ya Rabbi, kuserahkan segala jiwaku kepadamu.




"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram."

<Ar-Rad :: 28>


 
Copyright © Diari Sufi