benar.
aku tak mampu meluah apa yang terbuku di hati. kerana jika diluah,
manakan sama dan benar apa yang ingin diluah.
jika terdaya, mahu diambil hati.
nah, ambil.kau rasai sendiri.
hati-hati menyusuri hati.
takut termakan dek kerana tersalah erti.
hanya mereka yang mencari,
mengerti segala apa yang tersembunyi.
berkata bijak para celik akal,memandang sinis dan berkata,
"ah,itu hanya alasan semata."
masakan tak sama apa yang ingin diluah.
apakah engkau sudah lama mengenal erti kehidupan dengan berkata sedemikian?
lupakanlah. jangan terlalu banyak bicara. nanti padah tak terkata.
kalau tidak pandai menoyong mencerna apa yang terbuku, usah bermain dengan api.
nanti marak tak terperi, engkau juga yang sakit hati.
hanya aku, hanya satu iringan doa dan nasihat yang upaya,
HATI - HATI BERMAIN DENGAN HATI.
tahniah sahabat!


