1

Alone.

i'm happy being alone.
let me alone with the Creator.
He know me very well.
from deep inside, He know how to cure my disease.
Allahu. Innallaha ma'ana.
The One and Only God.

If what's ahead scares you, and if what's behind your back hurts you,
you know what?
you just look above,
because, Allah never fails to help you.
and some more,
when you get any burden on your back,
why don't you try to keep understanding this ayah.(2:286).
it might help you.

yeah,
fill your love with Allah.
0

mendalam disimpan bagai dipendam.

there're times when strangers like family and family like strangers.
benar.
aku tak mampu meluah apa yang terbuku di hati. kerana jika diluah,
manakan sama dan benar apa yang ingin diluah.
jika terdaya, mahu diambil hati.
nah, ambil.kau rasai sendiri.


hati-hati menyusuri hati.
takut termakan dek kerana tersalah erti.
hanya mereka yang mencari,
mengerti segala apa yang tersembunyi.
berkata bijak para celik akal,memandang sinis dan berkata,
"ah,itu hanya alasan semata."
masakan tak sama apa yang ingin diluah.
apakah engkau sudah lama mengenal erti kehidupan dengan berkata sedemikian?
lupakanlah. jangan terlalu banyak bicara. nanti padah tak terkata.
kalau tidak pandai menoyong mencerna apa yang terbuku, usah bermain dengan api.
nanti marak tak terperi, engkau juga yang sakit hati.

hanya aku, hanya satu iringan doa dan nasihat yang upaya,
HATI - HATI BERMAIN DENGAN HATI.

tahniah sahabat!


0

usah ditanya.

ya.
kembali merenung.
kembali menerobos hanyutan masa silam.
yang secara nyatanya, aku tak pasti apa yang telah aku kecapi.
adakah ini suatu pembohongan yang nyata atau hanya kepura-puraan yang dibuat secara lahiriah.
ah.
persetankan semua.
kini aku kembali.
menjejak mencari senafkah erti makna dalam diri.
mampukah aku?
bila fikiran menerawang bak teworong yang gelap dan hanya disamari dengan lampu neon.
aku terhenti.
apa benar apa yang sedang aku miliki?
apa benar aku masih mensyukuri segala nikmat yang diberi?
ah. bebal sangkaan dakyah memutar belit paksi dunia.
hanya mampu melihat dari kacamata yang berkilau entah ke mana.
siapa aku pada tanggapanmu.
bagaikan si hina meminta belas simpati bersujud tanpa mengenal erti maruah diri.
ah.
usah digentar
usah dimaki
usah dicaci
usah dibuang
usah segala apa yang wajar.
kerana engkau.
masih HAMBA TUHAN.
0

kembara : siapa kita kepadanya?

berkeledak bila sang kotaraya
subuh hingga senja kita bekerja
abaikan suara yang terlepas di telinga
kedua belah bahu kita,ada penulisnya.
ini doa ayah,katanya lekas pulang
andai kita rebah pasti masih ada ruang
kembara kita masih jauh
berselindung dosa ku tempuh?

usah diduga sengketa dunia andai diri masih lemah
jahil dan tak mengerti apa yang bakal menjadi nukilan sanubari
hilang goyah punca sengketa menggamit kepala si pencaci
biarkan sahaja apa yang terlintas membungkam segala onak rasa
kau masih pahlawan yang gagah mencari identiti!.
0

layang-layang

aku nampak engkau terbang bebas melata di awanan,
gusar menampakkan kelihatan pada redup sinar benangmu,
namun ku akui engkau memang layak berterbangan juah dan gah mengerlingkan sayapmu,
walaupun jauh di sudut hati, engkau banyak menyimpan duka kepadaku,
terbang bebaslah si layang-layang,
pergi ke mana sahaja maumu.
0

Jumaat Hari penuh Barakah.

Jangan disangkal hari ini penghulu segala hari,
Jangan disangkal hari ini bakal menggelapkan dunia pada bila-bila masa,
Jangan disangkal hari ini diciptakan Nabi Adam A.S.,
Jangan disangkal hari ini turunnya Nabi Adam dari syurga menuju ke bumi,
Jangan disangkal hari ini Allah mewafatkan Nabi Adam.
Jangan disangkal hari ini Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga.
Jangan disangkal hari ini hari berhimpunnya umat muslimin di seluruh dunia,
Jangan disangkal hari ini ramai Malaikat turun ke bumi,
Jangan disangkal hari ini hari paling mustajab untuk berdoa,
Jangan disangkal hari ini hari penghapus dosa,
Jangan disangkal hari ini lebih diutamakan dalam bersedekah,
dan jangan disangkal lagi hari ini hari yang dapat melihat Allah di syurga.

Teruskan amalanmu, sufi. Jangan mudah berputus asa dan terus menyerah kalah sebelum berjuang. Jangan pernah berhenti berlari. Tika kamu goyah, ingatlah bahawa syaitan durjana sedang bersorak keriangan melihat telatahmu yang mudah tunduk dan tidak kuat untuk melawan nafsu serta godaaan kabilah mereka.
Jadikan hari ini hari yang paling baik untuk mengubah diri daripada baik ke arah menjadi manusia yang lebih baik. Bersama tingkatkan prestasi!




0

G.E.L.A.P


Satu, terima kasihku
Dua, jagalah dirimu
Tiga, hapuskan diriku
Moga bahagia selalu

Dosa oh aku akui lemah
Aku tak pernah menduga
Ini kan terjadi
Moga di sinilah titik noktah
Rasa ini rasa syurga
Tiada lagi cahaya
Biar gelap yang membuta
Bawa ku ke arah nyata
Rasa ini rasa syurga
Tiada lagi cahaya
Biar gelap yang membuta
Bawa ku arah nyata
0

pecah rindu pecah memori.

terkadang melihat gelagat para sahabat mahupun teman rapat bergembira, bermain dengan syok sakannya.
bila menuding jari ke arah diri ini, selama mana aku banyak menghabiskan sisa - sisa hidupku dengan perkara - perkara yang menyenangkan diriku? sudah terlalu seimbang? mungkin ya, mungkin tidak.

ya, aku mengerti sinar mahabbah yang sedang aku cari mulai semester ini amat goyah sekali. tidak pasti sama ada berpunca daripada sikapku sendiri mahupun anasir - anasir negatif yang menerajui segala kebungkaman di dalam diri. :)

adapun seorang manusia itu lalai dan alpa terhadap segala amanah yang diberikan, nescaya dan sudah pasti di akhirat kelak akan ditanya akan segala amanah yang telah diberikan sudah ditunaikan dengan baik mahupun tidak.
berat apabila diri menjadi tumpuan umum serta menjadi kayu pengukur dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan keperluan sosial sama ada masyarakat sekitar mahupun rakyat jelata@penduduk berminda kelas pertama secara amnya.

tiada kaitan dengan tajuk yang diolah hasil daripada idea yang terus digarap dan menjadi isu utama dalam penulisan pada kali ini. mungkin kebanyakan bingung dan keliru dimanakah permulaan cerita sebenar dalam penulisan@warkah yang sederhana kurang menarik ini. itu tidak penting, penulisan bermacam cabang dan cara pendekatan yang boleh dipilih mengikut kehendak hati yang disetai dengan niat yang suci.

ya, memori. kenapa disebut memori? mungkin dengan perkataan 'memori' tersebut mampu menjelaskan secra lebih terperinci mengenai memori - memori kehidupan @ bibit - bibit suka duka kehidupan dan berjaya membesar di alam fana yang hanya bersifat sementara ini. mungkin dengan adanya memori membuat kita tersenyum sorang - sorang, menangis tanpa sedar air mata berguguran sayu di lembah pipi yang mencoretkan seribu satu rahsia dalam diri, serta termenung di kala bulan bermain biola, menurut lagu si pujangga Hujan yang kerap bergesek biola dengan mood yang lebih bersifat instrumental dan klasik.

pecah rindu, pecah memori. ini baru permulaan. yang lain - lain, hanyalah selingan sebagai santapan awal pencuci mulut untuk minda yang sering letih memproses pelbagai kerja. silakan menikmati sekiranya amat gian dan tidak sabar untuk menikmati sarapan yang tidak seberapa tersebut. :). tidak dapat disangkal lagi bahawa setiap diri manusia mempunyai pelbagai memori yang pelbagai. anda faham makna disebalik ayat 'pelbagai' tersebut?. ya, saya sedar. saya memamng bukan pakar bahasa. ayat bercampur aduk dan mungkin boleh jadi lauk bercampur pelbagai jenis makanan kampung dan bandar.mungkin aku tidak pandai berkata - kata seperti mereka yang hebat berbahasa, namun aku juga punya cara yang tersendiri untuk menukilkan apa yang aku alami. sekian.
0

mencari noktah kasih Ilahi.

Si A pernah bergaduh dengan si B atas masalah kecil yang hanya setitk air di lautan. namun, wajarkah mereka bergaduh hanya disebabkan masalah yg kecil lagi tidak membawa sebarang faedah kpd kedua-duanya? ya, tidak wajar. bukan hanya si A dan si B sahaja yg selalu bergaduh. jika kita rentangkan segala abjad bermula dari abjad A sehingga ke abjad Z, masakan mereka tidak pernah bergaduh sesama sendiri?. masakan mereka tidak mempunyai masalah sesama sendiri? ketidak puashatina yg melanda segenap pelusuk jiwa dan raga? kan?.

Beringatlah, bukan hanya kita seorang sahaja yg pernah merasa pahitnya cuka,hempedu,halwa dan sebagainya yg pahit, ramai lagi manusia yg mglami rasa yg sama, mungkin cuma keadaan, suasana dan tempat yg berbeza. perasaan? ya, tidak dinafikan perasaan mereka yang pertama adalah perasaan kecewa yg tidak terhingga. namun, tidak juga kita ada segelintir daripda kumpulan kecewa yg berjaya mengambil sikap positif dalam diri mencari pangkal permulaan diri,bermuhasabah diri kembali dan percaya, mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu yg menimpa diri. bukan mudah untuk menjadi seourang mujahid mahupun mujahidah yg setia dan ikhlas berkorban kerana-Nya.percayalah dan letakkan didalam jiwa kita, bahawa kita semua pasti akan kembali menemui-Nya dan itulah hembusan nafas kita yg terakhir di dunia ini sebelum kita dihidupkan semula untuk sesi pembicaraan amalan sepanjang nafas kita dialirkan.

Ya, ini hanyalah permulaan. bukan perkara sebenar yg ingin dibincangkan.namun, tidak mengapa, selagi kudrat masih ada untuk menaip segla rentak tari dan wacan apemikiran di dalm lubuk hati masih mengalir dgn pantasnya, akan ku ukir dan palitkan segala pengetahuan yg aku ada di lembaran maya tidak bernyawa ini.walaupun meruntun menusuk kalbu, biarlah ianya menjadi sebuah pengabdian kepada diri untuk terus meluah,memuji serta mendalami maksud kehidupan diri di dunia yg serba fana ini. Sekian, luahan ikhlas sang hamba yg masih mencari cinta-Nya. Kuatkan jiwaku menghadapi dugaan-Mu, Ya Allah. Bukalah segala pintu nikmat yg ada pada diriku untuk terus sujud dan akur akan perintah-Mu.
Aamiin.
1

Hati-hati dalam menyusuri hati.

beruntungnya engkau mampu menggembirakan hati seluruh sahabatmu. beruntungnya dikau mampu mencoret sebuah kegembiraan yang berkekalan pada setiap hati insan yg engkau gembirakan.tapi, aku? sukar untuk aku melakukan kesemuanya itu. bukan tidak mampu, tetapi tidak mencuba sedya usaha yg kukuh untuk melakukan perkara tersebut. beruntungnya engkau apabila orang-orang lain memuji dan mengingat segala kebaikan yang telah engkau lakukan pada sekalian makhluk ciptaan Allah. beruntungnya. bagaimana pula diriku ini? apa yg aku harapkan sebenarnya? ya, bukan pujian, bukan jasa dan bukan segala pingat dan penghargaan yang aku pelrukan. cukuplah sekadar titisan air mata yang suci kepada Ilahi atas ap yg telah aku lakukan dengan ikhlas dan suci. benar kata seorang sahabat, hanya kepada Allah sahajalah tempat kita kembali. mencari keredhaan-Nya adalah lebih bermakna daripada menangguk dan menaruh air yg keruh ciptaan manusia. terkadang termangu sendirian mengharap kasih yg dibuat-buat namun tak pasti samapi bila ianya akan berkekalan. sang pujangga alpa mencari kasih dan keredhaan pencipta-Nya yg lebih terjamin kasihnya berbanding kasih manusia. namun tidak dapat disangkal bicara yg mana ada sahaja bisikan halus rasukan syaitan durjana menghimpit hamparan hati manusia seolah-olah mengharap manusia melupakan apa tujuan mereka hidup di muka bumi Tuhan. ya, mungkin luahan pada kali merupakan luahan secara rambang tanpa memperbetulkan apa sahaja kesalahan dalam sesi luahan tanpa bicara ini. namun, ikhlas hati ini mengharap supaya lebih berhati-hati dalam menyusuri kehidupan dunia yg pnuh fana ini. di mana permulaan langkahku? Ya, Allah, bangkitkan semangatku untuk melayari bahtera agama-Mu. sungguh aku tidak sabar untuk mengangkat sauh serta melabuhkan layar-layar dan tirai-tirai imanku hanya untuk-Mu.
 
Copyright © Diari Sufi