aku selami,
aku jiwai apa yang menggetarkan hati.
aku mencari sesuap luahan isi hati,
yang sering mengabdi dalam diri,
jiwanya tenang, usai pemikiran yang di luar benak alam kehidupan.
namun, apakah bahagia yang dicari sejajar dengan apa yang dimiliki?.
noktah. kosong. sungguh pogah bukan kepalang.
manusia sering alpa pada sang pencipta,
pada yang menciptakan sekalian alam dan selautan manusia,
siapa kita pada dia? noktah. sugul yang teramat.
di sebalik pendirian itu, muncul mereka,
mereka-mereka yang tidak pernah goyah,
seperti menyugun ikal rambut sendiri,
bagai mencari apa yang terpatri dalam diri.
usah mengulit kenangan silam, jalan dihadapan belum tentu tenteram.
engkau punya waktu, jangan engkau sebalkan hatimu sebegitu,
bangun,ayuh! terus berjalan dan berjuang sehingga ke penghujung hayatmu.
seperkara,
andai kau rebah, bangkit semegah-megahnya,
usah berasa dangkal untuk mengubah,
kerana engkau,
bukan si anak juang yang bengah mahupun pogah!
usah menjadi bengah.
kelak masa hadapan,musnah.
masih terselit rasa megah?
berubahlah.


