0

untuk kesekian kali.

hanya kata mampu melahirkan apa yang terbuku di hati.
maka,
mari bertukar hati ke hati.
biar saling merasa,
Hari Menukar Hati Sedunia!
0

[no title]

bilamana manusia tidak dapat menerima kritikan daripada orang lain
bilamana jiwa resah, kelam dan terus gelisah dibuai mimpi
bilamana sesulit keadaan menimpa seseorang individu
bilamana si anak mengadu, mencuba segala apa yang perlu
bilamana si perantau pulang jejak ke kampung halamannya
bilamana sang jiwa hilang didalam kekalutan malam.
resah..
goyah..
apa itu salahku?
hanya hatimu patut aku ikuti selalu?
apa aku bukan manusia sepertimu?
apa aku tiada perasaan sebegitu?
mudah menghukum tanpa sebarang prasangka yang sahih.
engkau jahil.
sungguh.

namun ku percaya,
esok masih ada.
masih ada untuk menghukummu semula
masih ada masa untuk ku buktikan semua
masih ada cahaya petunjuk dariNya
masih ada ruang untuk aku berkata-kata
masih ada segelintir insan yang sama merasa
betapa hebatnya engkau bermaharajalela.
mohon untuk terus siap segala senjata.

di ruang lingkupku,
masih ada yang menyayangi.
0

pasrah.

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

tahniah syam.
0

syahdu seindah kalbu.

teringat kembali memori silam,
dimana aku ditanang bagai minyak yang penuh,
dalam usaha menjadi seorang insan yang berbakti,
pada keluarganya, agamanya, bangsanya.
syahdunya, heningnya pada waktu itu.
bagai ditusuk duri sembilu.

aku gagahi jua,
menurut segala apa yang diperintah,
menolak segala apa yang dilarang,
walaupun ada ketikanya,
jiwa aku memberontak dan seringkali melakukan kesilapan pada diri.
ku akur akan hukuman yang dikenakan kerana aku percaya,
masih ada hikmah yang tersembunyi dalam diri.

makin aku dewasa, makin aku mengenal eri dunia ini,
baru ku sedar apa yang telah aku jalani pada zaman dahulu,
zaman dimana aku dibesarkan dengan penuh cabaran dan dugaan,
diherdik, dicaci, di maki dan sebagainya,
namun ku tinggikan egoku  untuk tidak membalas sebarang serangan yang menbungkam dalam jiwa.
aku pendam. aku simpan. aku rendam sendirian.

hanya melutut di hadapan Tuhan sahaja menjadi tempat menadah tanganku,
memohon supaya dimapunkan segla kekhilafan aku yang lalu, sekarang dan selamanya.
supaya aku dapat merasai nikmat sebenar hidup berjuang kerana Dia.
ampunilah hambaMu ini.

aku syahdu, aku tersangat sendu akan yang pernah berlaku dalam hidupku.
aku bukan yang dahulu lagi, mudah dicaci, mudah dimaki.
aku bersabar dengan apa yang terjadi, kerana aku percaya,
hanya Dia yang memiliki,
selautan luas kuasaNya yang tidak mampu ditandingi oleh sesiapa,
walaupun terkadang aku gusar,
bahawa hatiku merasa hina dan sakit yang tak terkata,
ku gagahi jua meneruskan kehidupan yang fana ini.

aku kembali padaMu,
menyerahkan segala tinta dan pena yang berlagu ini,
supaya dapatlah kiranya aku pautkan kasihku kepadaMu,
Ya Rabbul 'Izzati.
andai aku tersalah erti, tersalah bicara, ingatkanlah aku.
sesungguhnya aku masih lagi kalut dan sedang mengenal permainan dunia ini.

andai banyak kekhilafanku,
ku mohon,
serulah daku untuk kembali kepadaMu,
supaya aku tenang, dapat bersuka ria, dapat merasa nikmat syurga-Mu.
ambillah aku, dan moga apa yang telah aku turuti ini mampu menyelamatkanku,
daripada seksaan azabMu yang tidak terperi itu.

kepada dunia, maafkan segala kekhilafanku,
andai aku kurang bicara,
mengertilah,
bukan niatku untuk mencuka diri,
namun hanya mendiam diri mampu membuat aku berfikir kembali,
apakah ada yang tersisih menanti?
menjadi hamba kemarahan yang tidak terperi,
yang sanggup mengikis kerapuhan dinding hati?

sudahlah. hidup bukan bernafsi-nafsi.
aku masih terngiang kata-kata ini oleh sahabatku,
semoga hidupmu diberkati sahabat.
sungguh, banyak yang telah engkau dorongkan kepadaku,
walaupun perkenalan yang amat singkat dan bergurau senda; tawa.
moga Allah merahmati.

andai aku rebah, hanya Engkau sahaja tempat naunganku,
hanya padaMu aku berserah, apabila aku tiada daya,
untuk menyakiti hati sesiapa.
biarkanlah aku sendirian,mengabdi diri pada Tuhan.
andai banyak kekhilafan, ku mohon maaf dan keampunan.
dipanggil si maut menerpa seribu satu prasangka. usahlah.

apa kau suka dimarahi?
bersabarlah walau ianya kebenaran yang nyata.
2

pertama.

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari
qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan
khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

usang.

mata merobek seribu pancaindera mencakna segala yang terbungkam rasa.
petah berbahasa bijak berkata-kata,
namun jik alpa pada Pencipta bukanlah sesiapa.
hanya pewatak plastik yang melakonkan penuh drama.
usang. segenap jiwa menjadi usang.
sekali lagi, usang.
0

Prahara dan Asa

terhempas aku dalam fitnah
yang mendera jiwa dan mencabik sukma
tertatih ku tak tentu arah
hingga seberkas cahaya menuntun langkahku

dalam mihrab cinta ku rengkuh firmanNya
terangi jalanku ku sujud padaNya
dalam mihrab cinta prahara jadi asa
pupus duka lara ku pasrah padaNya

ku rendam dendam yang membara
ku pasrahkan semua pada Yang Kuasa
ku yakin tiada satu jua hentikan kuasaNya
untuk mengubah segalanya

prahara dan asa
masalah jadi pengharapan.
0

serbat.

engkau pucat,
rupa ayam kena lengit.
apa hal?.
engkau terkumat,
macam lepas kena hentam lumat.
apa hal?.
engkau gelisah,
bagai lepas kena sesah.
apa hal?.
apa hal?
baru aku sedar-engkaulah si serbat.
memang patut kena lipat.
jahatkan dunia?
4

hari ini dalam sejarah.

yamungkintulisaniniamatserabaimacainamunakumencubasedayaupaya
membuatsejarahdalamkehidupanperibadikudimanabukansenanglagi
kepalangnakmenaiptanpamenekanpunatbarspacedibawah
papankekuncilaptopini.nampakmudahtapibagiakusudahkeberapa
kalintahakumasihinginmenekanpunatyanglagipanjangitu.bersama
sahabatbackspace,akucubamengadakanhubunganjalinkerjasama
supayatidakmembuatperjanjianatauikatandenganpunatyang
terpanjangtersebut.ya,kaliinikehidupanamatjiwakacautapiakubuat-buatcoolkepialu.haha.lawakmungkinhambartapiakutakkisah
denganapayangnakdigarapolehpembacasenyapsekalian.
sedartaksedar,hidupkitataklamadah.tinggaltymejekalaubrader-braderKLcakap.lu,jgnnakbuatwatlekwatkulsgtla.lagi-lagiwatpeace.
meremangjeguatengok.ok,stopmengarut.
takdefaedahpnkalaumengarut.buangmasaje.hariinidalamsejarah?.
dalamsejarahakula,manusianimemangcekap.
kobuatlaayatseringkasmanepun,dorangtetappahamjugak.
koterbalikkanke,kocacatkanperkataanke,dorangmasihpaham.
sebabakusyakkan,manusianikalaukodirectterusbagimaksud,
merekakancepatpahamwalaupunayatkotunggang-langgang.
tapisatuje,kadang-kadang,maksudapayangkitapahamtaksama
denganmaksudyangdiapaham.kopahamtak?kemakintakpaham?haha.lepak-lepak.kalaunakpaham,bacapelan-pelan.selamatmencuba,
semogaberjaya,hidupkenatenangsentiasabagaiairdilautanmendayungsampankemuara~.haha.

saje.buat orang bengang.
asyik dorang je bengangkan aku;tak begitu?
0

bengal bukan sifatmu.

apa masih tidak sedar akan kewujudan orang di sekelilingmu?
sudah lupa apa tujuanmu?
masih berfoya-foya hidupmu?
dikerumuni dengan segala hiburan yang mengasyikkan,
sehingga kau lupa asal usulmu.
hebat! engkau memang hebat berbicara, apatah lagi bermain dengan kata.
ya! sudah semestinya. kau digilai setiap manusia.
apa ubatnya? boleh aku pinta sedikit ramuan dan segala herba yang ada?
supaya aku juga mendapat nama. seperti eangkau si pujangga.

sungguh aku belum fahami.
erti lena dibuai alam mimpi.
aku kusut. aku serabut. aku goyah. si jiwa kacau.
mencari sebuah terowong masa silam tika aku kegelapan.
supaya aku terpanar dengan segala apa yang ada.
merasa sekelumit rindu yang terpendam; ah, usangnya suasanaku.
masih berbicara soal ini? walhal kau bijak berbicara sama awan.
sehingga tembus menerobos ruang angkasa.
bersaksikan sayap-sayap buatan manusia membelah dengan sepi.

apa bengal masih lagi sifatmu?
masakan engkau tidak mengerti diri sendiri?
ah, semuanya dusta berkalang.
apa mahumu?
hei kawan, engkau pasakkan kata ini sekemas-kemasnya,
bumi tetap bah, hanya manusia sahaja yang berubah.
engkau simpan kata itu baik-baik. puas benar menyedut ke ruang benakku
atau kau mahu yang ini; sekali air bah, sekali pantai berubah.
betul? ya, engkau mengangguk sama sepertiku.
itu tipikal. kita sama merasa apa yang betul dan menyelinap dalam ruang fikiran.

masih bengal sifatmu?
kalau ikutkan hati, mahu saja aku mengambil gergaji,
mencari tapak supaya dapat aku menguji,
apakah  hidupmu masih dibaluti sepi.
insaflah, ubahlah, berfikir positiflah,
bahawa engkau yang membentuk siapa dirimu,
dihadapan Tuhanmu.
selagi nyawa masih bersuka ria tahap  kepalang,
engkau didiklah hatimu, supaya tidak menjadi batu.
engkau selami semula apa yang terjadi, mengapa ini terjadi, apa itu, apa ini,
kot-kot mana nak tau,
hang tak sempat, tak dan nak melambai kat aku,
nyawa melayang dicabut si malaikat maut.
beringatlah. semua ini hanya sementara.

bila Tuhan dah bagi jalan,
takkan nak senyap memanjang?
memang mitak tembak free.
hidup bukan nak kena maki.
 
Copyright © Diari Sufi