Hai sufi.
Maaf.
Aku sibuk.
Aku perlukan rehat ini,sufi.
Doakan aku.
Batuk,selesema,pening,demam.
Semua ada.
Doakan aku kuat!
Jaga dirimu,sufi.
Sufiiii
Lupa?
Orang sekeliling. Itulah mereka.
Cakap bersahaja tanpa ada rasa yang menyebal di dada.
Begitu mudah menjadi pendamai dengan menimbag tara secara pukal.
Pendekatan naturalisasi digunakan tanpa ada sebarang faktor yang terlibat.
Apa hidup kita perjalanannya sama?
Lupakan? Ahh.
Aku masih sama.
Luh Mahfuz
Hiba rasanya hari ini.
Pada waktu tengahari yang redup ini.
Airmataku berguguran tanpa ku sedari.
Sungguh,
Ingin aku menjadi ego dalam mencurahkan airmata.
Agar dapat aku selindungkan segala keresahan dan seribu macam rasa.
Wahai ayah,
Lenaku dikejutkan dengan panggilan darimu.
Sungguh aku tak pasti apa yang bakal keluar dari mulutmu.
Ahh,jika duputar kembali 20 minit yang lalu,
Pasti aku mendapatkanmu lalu memeluk tubuhmu.
Dapat ku rasakan apa yang terpendam di hatimu,
Dapat ku bayangi kelopak air dari sinar matamu.
Andainya berkerdipnya engkau,
Pasti ada hakuan airmata mengalir lembut jatuh.
Usia seawal 24 tahun,
Banyak mengajar aku tentang,
Banyak menyedarkan aku tentang,
Banyak membungkam segala benak otak fikiran,
Tentang,
Mengapa engkau tidak banyak bicara,
Apabila sang hati menjelma menyapa dirimu.
Mengapa engkau diam membisu?
Mengapa engkau tidak membantu?
Mengapa engkau membiarkannya begitu?
Awalnya,sebahagian besar perkara banyak menuding salah padamu;
Walau kau sendiri tahu jawapan yang sebenarnya dan apa yg telah berlaku.
Kau sorokkan lukamu.
Kau hilang segala keresahan itu.
Apa aku banyak mengikutmu?
Atau aku banyak berfikir seperti ibu?
Umurku kian meningkat,
Waktuku semakin singkat.
Aku sedar banyak jiwa yang aku telah lukai.
Atas alasan aku juga perlu mencari maknawi diri.
Tapi satu hal yang pasti,
Kesetiaanku bukan untuk diragui.
Jika diraguinya itu atas sebab yang telah ditetapkan oleh Sang Pemilik Jiwa,
Perlu akur dan redha akan segala ceritanya,
Apa ianya sudah termaktub di luh mahfuz,bukan?
Apa engkau masih meragui?
Enyahkan segala rasa kecewa.
Walaupun tempoh bertenang sangat panjang.
Kau perlu tahu,
Andai sahaja kau hilang fikiran dan tiada daya,
Bentangkan hamparan sambil menunduk malu pada Tuhan.
Akan kau dapati segala keasyikan dan ketenangan yang mampu,
Untuk kau bangkit kehadapan,
Menghadap raksasa lara dan penuh misteri yang sudah terbentang.
Dua puluh minit yang dibual bersama,
Mungkin tidak cukup untuk diborakkan bersama,
Aku tahu aku kurang memahami,
Setiap gerak geri hatimu aku sering terkunci,
Namun apa yang aku pasti,
Kau mula memberi bukti tanpa engkau sedari,
Kerna hatimu tidak berbasa basi.
Nasihatmu sangat mudah aku ikuti,
Berhari-hari aku menghadap Ilahi.
Ku serahkan segala apa yang terjadi,
Akan ku lihat engkau;
Di dalam anak-anakku pasti.
Tadabbur dalam takbur si perantau.
Hai sufi.
Lama sudah aku tak menyinggah di rumah kesayanganku ini. Agak lama jugak kan? Rumah yg dah di renovate. Dibuang segala tulisan2 yg dahulunya kasar dan tiada rasa belas kasihan.
Engkau sahajalah sufi yg sama2 dgn aku membangun rumah ini. Byk perubahan yang kita dah lakukan bersama. Maafkan aku sufi sbb xbyk barang yang aku bawa masuk ke dlm rumah kita ini. Sebabnya,aku xrasa semua brg yg aku bawa masuk ke sini blh menceriakan dan memuaskan hati. Ad barang yg peelu disewakan,dijual atau dibuang begitu sahaja. Maafkan andai aku tak menghias rumah kita dgn segala kemewahan yg sepatutnya ada. Sufi,sihat? Masih bermonolog sendirian? Apa kau masih tetap dan kekal bersama dgn aku,sufi? Walaupun engkau tak wujud secara nyata pun sufi,aku tau kau dpt rasa dan menyelami apa yg aku rasa. Engkau sungguh hebat sufi. Bukan calang2. Aku terkesima dgn kebolehanmu. Eh sekejap. Nt aku dtg lagi. Kita borak lagi. Janji ya,sufi?
Tres Empre de Au Khaeyalain Kachaa
Kegagalan menjadi bayangku
Mendung gelap
Hancur langit ke-tujuh
Gelap malam
Memagar langitku
Angin kencang masih berdebu
Langkah-ku mati
Gerak lidah terhenti
Khayalanku masih sempit
Naluri hati menunggu mati
Terbongkar rahsia dunia
Siapakah mereka?
Ahli sial neraka
Di-syurga dunia
Tapi engkau masih leka.
Berkhayalan di-celahan kaca
Mendung timbul
Hujan di utara
Langkah-ku mati
Gerak lidah terhenti
Khayalanku masih sempit
Naluri hati menunggu mati..
Andaiku Pergi..Maafkan. 💪
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu..
......................................................
Mungkin nyatanya banyak perkara yang dipendam daripada yang diluah. Bersebab dan punya hasrat yang tersendiri. Hanya mengharapkan motivasi dan sokongan moral. Sudah memadai.
Sejarah hitam pasti membelenggu diri. Masih bertatih,bukan sengaja mereka cipta. Biarlah. Hati yang satu sudah cukup sedia paham apa yang dirasa.
Kuatkan dirimu sufi.
Tetap berjuang di balik lembaran tirai syahdu.
Fight.
Keep fighting,sufi.
Aku tau ko boleh.
Jangan terus mengalah.
Ini kekuatan kau;
SABAR.
GO GO GO.
Tetap pendirian,teruskan berjuang.
Don't look back in anger.
Be strong!
Terjaga.
Aku termimpi seketika,sufi
Aku xtau mcm mne aku nk describe mimpi tu.
Aku pada mulanya sibuk dan xnk fikir apa2 ttg itu.
Tapi itu kembali lagi dan aku berdiri cegat melihat situasi itu.
Kelibat birunya kelihatan jelas.
Yang mengisi perutnya ada tiga jiwa.
Tiga jiwa yang saling mnyayangi.
Kelihatan tenang si biru masuk ke halaman singgahsanaku.
Aku terkejut.
Dan memungkam sendiri siapakah gerangan mereka disana.
Sifat inkuiri berdegup kencang.
Aku masuk me dalam,menolak daun pintu rumah dengan sederhana.
Mukaku biru.
Mukaku serba xkena.
Sbb,tiga jiwa itu sgt aku kenali kesemua wajahnya.
Dan terpalit satu jiwa yg sgt ku amati tenang dan ku senangi.
Apakah ini semuanya?
Terakhir tentang diriku?
Lokasi: rumah
Perbuatan: baring
Masa: nostalgia zmn dahulukala.
Dimanapun engkau berada.
Tarikh keramat itu,
Membuatkan diriku,
Untuk bangun semula.
Tarikh keramat itu,
Akan dijadikan kekuatan,
Untuk tidak berputus asa.
Tanggal oktober itu akan menjadi saksi,
Hari kesepuluh pagi,
Aku mendampingimu.
Aku tahu,
Selama aku goyah,
Aku hilang sepi menyapa tinta sendiri.
Aku pergi tanpa menenagkan kau kembali.
Tegasku membujur lalu,
Sama seperti lelaki yg lainnya,
Tegasku bermaksud.
Bukan hanya suka-suka dibuat reka cipta.
Jika diammu itu,
Membuatkan dirimu lebih selesa,
Teruskanlah.
Lakukan apa yg kau mahu.
Hanya cukup kau tahu untuk menjaga peribadimu.
Diam dan senyaplah selama kamu mahu,
Kalau itu yang terbaik;
Demi melangsaikan segala amarah dan gerammu.
Tak Pernah Hilang..
Tiada siapa yang pernah tahu
Tiada siap yang pernah rasa
Biar mereka coba mau, coba ada denganku
Mestikah kau perlu menjauh
Mestikah kau perlu menghalang
Perasaan yang pernah datang
Yang tak pernah hilang
Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu
Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu
Jika aku yang engkau ingin
Kunantikan satu jawaban
Perasaan yang pernah datang
Yang tak pernah hilang
Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu
Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu
Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu rindu
Yang selalu menantimu

