0

....

Allah,bantu aku..
Pedihnya rasa ini..
Aku menangis lagi..
Lebih banyak dari waktu aku menangis dengannya,
Pada waktu itu..
Allah..
Hati aku sakit,Allah,pedihnya..😭
Malunya nak menangis depan dia lagi..
Sakitnya,Allah..
0

kamu

Saya ada disini,
Saya tak hilang,
Saya wujud,
Keberadaan saya ada di dunia ini.
Awak jangan segan silu maklumkan dekat saya tau. 
Saya akan sentiasa ada untuk awak. 
Sentiasa mendoakan awak, mendoakan kita.
Awak jangan hilang begitu sahaja,ya.
Awak perlukan masa tenang awak,dipersilakan.
Saya hormati.
Tapi sungguh,jangan lama sangat terjeguk dekat situ sahaja. Khabarkan berita awak dekat saya.
Sebab, saya pun takut saya boleh tahan seberapa lama dengan ketidakhadiran serta perkhabaran daripada diri awak.
Tolong ya, saya mohon.
Kita kembar,kan?

0

tautkan hati

HambaMu ini memohon kepadaMu,
Dengan rasa rendah diri,
Sebagai makhluk,
Sebagai khalifah,
Yang sentiasa kerdil dan mudah alpa,
Kuatkan hatiku,hati kami berdua Ya Allah.
Tanamkan sifat sakinah mawaddah warahmah,
Ke setiap pelusuk hati ini,hati kami.
Terbangkan,semaikan segala partikel mukjizat dan nikmatMu yang kaya itu.
Semoga,kami tetap bersama,searah dan berjalan selandasan dengan syariatMu.
Jauhkan segala sifat yang boleh meremukkan,memberantakan,melelahkan dan menghancurkan,
Semoga aku,dia dan kami,diberkati segalanya,lewat dari jalan rahsiaMu;
Tuhan Penguasa Langit dan Bumi.
Jangan bolak balikkan hatiku,
Cukup sahaja pengalaman lalu merentan dan mengajar erti kehidupan yang tulus pada diriku. 
AllahummaAamiin.
0

...

Tuhan,bantu aku.
Jangan persulitkan,permudahkan aku Ya Allah.
Laaa ilaaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzalimin..
0

Bercak

Sebelah mataku yang mempelajari,Gelombang kan mengisi seluruh ruang tubuhku,Terbentuk dari sel akut,Dan diabetes adalah sebuah proses yang alami.

Tapi sebelah mataku yang lain menyadari,Gelap adalah teman setia,Dari waktu-waktu yang hilang.
0

Kusut

Waktu terus berlalu,
Menampakkan riak muka sang punya diri,
Menelan semacam seribu rasa yang hadir,
Langkahnya nampak tak teratur,
Menampakkan kepalsuan yang selama ini,
Tersimpan rapi dalam dirinya.

Kadang bila difikir pendek,
Dia sendiri kaku dan menggumam rendah,
Atas apa yang dia ingin kecapi sekarang;
Kusut.
Jangan difikir pendek begitu,
Nanti menyesal seribu bahasa.
Dibiarkan perasaan itu berlalu,
Menarik nafas hela yang panjang,
Menghirup molekul oksigen dengan penuh sadar,
Bangkit semula jangan mudah termakan dengan hasutan membungkam diri.

Mungkin di sebalik tatapan kosongnya itu,
Penuh segala tanggapan dan perasaan yang berbelah bahagi.
Dirangkulnya sehelai kain baldu tanpa berbasa basi,
Menunduk bersujud menyembah dasar bumi,
Meluahkan segala apa yang dirasai,
Kepada pencipta sekalian seisi.


0

Tetapan Semula

Hai sufi,
Lama sungguh aku tidak menyapa perkhabaranmu,
Kau rindu aku?
Aku yang sekarang atau aku yang dulu?
Kau sihat,sufi?
Berhabuk sudah lembaran lama ini.
Mungkin sudah tiba masanya untuk aku kembali?
Mencoret segala apa yang berlegar di dalam mindaku?
Tetap semula.
Kau bersamaku,sufi.
Tetap bersama,
Tetap tumbuh dan utuh sesama.

6.00am
0

Semuanya bermula darimu.

Cabaran menanti setiap saat.
Hanya perlu kau mengambil pena,menyusun abjad ap yg sesuai untuk dirimu.
Selamat menempuh.
Selamat menjadi matang.

0

Kelahiran Penuh Cabaran

Selamat ulangtahun kelahiran.
Semoga dengan kesempatan yang ada,digunakan sebaik yang mungkin.
Perbanyakkan segala persediaan dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang.
Tempuh dengan penuh ketenangan wlaaupun terkadang payah untuk diduga arus yang tiba.
Cekalkan hati,pasakkan pada diri yang kau bukan berseorangan.
Ada lagi Yang Maha Kuat mendekat.
Percaya.

0

Kiasan.

Jari jemari pantas menari mengeluarkan segala isi yang terpahat di hati.
Merentas sempadan antara hakiki dan fantasi.
Lalu memanifestasikan diri mencari apa yang sebenarnya yang ingin diberi.
Hancur musnah segala gelodak belantara jiwa, yang dahulunya dipuja dan diangkat martabatnya tanpa perlu rasa hina.
Akibat sengketa sesama manusia yang bertopengkan keangkuhan serta ketamakan yang haloba.
Puaskah engkau?

Mengajar anak singa berlari,tapi kian dilupakan bahawa sang bapa dan ibundanya juga sama sepertinya.
Pemakan segala apa yang ada;sama.
Lalu mengapa dibeza-bezakan bagai membela nasibnya yang telah ditetapkan?
Paksikan segala tongkat bebanmu ke tanah,akurkan kepalamu untuk terus tunduk mengaku yang engkau tak punya semua yang ada ini.
Pandang ke langit,lihat pada awan,bintang dan semua yang ada;memohon maaf atas segala sengketa yang sengaja engkau ciptakan.

Berlari bertempiaran,bergelak tawa hilainya kedengaran tanpa ada senada sumbang.
Riak raut wajahnya menampakkan kekalutan yang sedang menghujani peri diri.
Apa engkau sedang termenung?
Apa engkau sedang menyimpan seribu segala macam rasa yang sukar diludah dihembus dengan mudah?
Apa engkau berencana untuk menafikan lalu melebar sayap egomu hingga merosakkan segala kemanisan dunia yang engkau ciptakan?
Ah,sudah.
Taringmu kian tumpul,menampakkan sendi-sendi keresahan yang engkau sendiri sukar padamkan.

Tarik nafas dalam-dalam.
Nikmati apa yang sudah sedia terbentang indah di benak matamu.
Nikmat bersyukur acapkali perlu dilazimkan menjadi igauan sang kicauan yang terkumat-kamit berbicara bahasa Tuhan.
Mengertilah jiwa-jiwa yang usang.
Hanya madah bukan pujangga si peniup yang cintakan kehidupan..

 
Copyright © Diari Sufi