0

Guide Me Ya Allah.



Ya Allah,

Please help me stay on the straight path because I catch myself slipping. Please remind me over and over that this dunya is temporary and that out of the 6 billion people in this world there should be none that I should be trying to impress because the only one worth pleasing is you. Please protect me against shaytan. Please help my friends and I will try helping them by giving my knowledge about Islam. Please keep superficiality, materialism, ego/pride, backbiting, sex, and shallowness out of my mind, heart, and soul. I regret any moment of my life that has passed where I haven’t remembered you and I I’ll try my best from now on to not forget you.

Amin.


1

Sahabat Sejati Peneman Sanubari

Menurut Imam Al - Ghazali, ada 12 jenis sifat sahabat yang sejati. Jom renung - renungkan dan cuba untuk mengubah diri kita mencontohi segala amalan yang dituntut dalam merungkai sebuah persahabatan.

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.

2. Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa duit, wang dan sebagainya, dia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutup sebaik - baiknya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

4

Terungkai di sebalik senyuman.

"Betul ke hidup ini indah, ibu?"
 .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .
"Dalam hidup kita, mesti ada seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapan kita, kadang - kadang tanpa kita sedar dia sedang menyembunyikan sesuatu daripada kita. Ketahuilah yang dia sering menyapu air matanya tatkala bersendirian. Hanya Allah Yang Maha Esa mengetahui setiap apa yang tersingkap di dalam benak fikirannya."


"Dan ketahuilah, seseorang yang sentiasa menyuntik kata - kata semangat dan perangsang kepadamu, sebenarnya tatkala itu, dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu. Dengan memberikan kata - kata semangat begitulah, dia dapat mengubat segala kedukaan dan kerisauan yang dihadapinya."

"Hanya dia dan Allah menyimpan rahsia hati yang tidak mungkin terlafaz dari bibir yang rekah."

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

I'LL ALWAYS BE BESIDES YOU UNTIL THE VERY END, INSYA-ALLAH, WIPING YOUR TEARS AWAY, BEING YOUR BESTFRIEND. I'LL SMILE WHEN YOU SMILE AND FEEL ALL THE PAIN YOU DO. IF YOU CRY A SINGLE TEAR, I PROMISE I'LL CRY TOO. MAY ALLAH BLESS YOU, MY FRIEND!



Catatan Sufiku yang kian kusam..
2

Istiqamah dalam setiap perkara.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Sekudrat dayaku berusaha meringankan mulut ini untuk mengungkap segala kalimah tersebut.
Seikhlas mungkin aku cuba menuturkan kalimah - kalimah tersebut tanpa ada rasa was - was yang mendalam terhadap diriku.

Sekuat usaha yang mungkin untuk aku mengamalkannya dalam kehidupan seharianku.
Tapi, adakah mungkin aku dapat menerimanya dengan sepenuh hasrat hatiku?
Mengapa ada sedikit kekesalan dalam hati yang menidakkan segala kekuasaa-Nya itu?
Apakah aku masih berada dalam angan dan sedar duniawi?
APA TUJUANKU?
APA HASRATKU?
APA KEHENDAKKU?
Masih mencari jawapan yang belum pasti..
0

Pembuka Bicara, Takut Diri Alpa

Assalamu'alaikum warga blogger sekalian. Err, lama sebenarnya atau bahasa mudahnya, jarang - jarang update blog. Al - maklumla kan, kerja - kerja pembaik pulih blog sedang giat diusahakan. Amateur lagi sebenarnya bab - bab editing nie. Maafla ye kalau post baru nak naik hit. HAHA.
2

Diam Tanda Berfikir?

Kebiasaannya, manusia akan sentiasa mempunyai perasaan yang tidak pernah dilaluinya ketika dirinya dilanda dengan pelbagai masalah. Walaupun hanya sesaat mana sekalipun, manusia tersebut akan sentiasa memikirkan apa yang sedang dilaluinya dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik buat dirinya. Begitu juga dengan kehidupan kita di dunia ini. Tidakkah kita pernah berfikir seketika ataupun berfikir dahulu sebelum bertindak dalam menyelesaikan masalah yang kita hadapi?.
Dengan mengambil sepotong ayat Al - Quran yang bermaksud :

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (terbuat) olehnya. Setiap orang mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." (Surah Al - Baqarah, 2:286)

Beertinya disini, walaupun terkadang kita dilanda kesusahan, Allah memberikan dugaan buat kita, sebagai seorang hamba di muka bumi ini, kita seharusnya bertindak dengan memikirkan mengapa Allah menduga kita dengan perkara sedemikian. Ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa dengan adanya ujian daripada Allah, ia mampu mengubat, ataupun istilah lainnya dipanggil sebagai penghapus semua dosa - dosa yang pernah kita lakukan selama kita bernaung di muka bumi ini.
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang muslimin mahupun muslimah yang sejati, kekuatan jiwa dan berfikir secara positif perlu diutamakan. Kita bukan sahaja dituntut untuk tidak membuat prasangka secara membuta tuli, namun kitadigalakkan untuk berfikir dahulu sebelum menhemburkan kata - kata yang ingin kita sampaikan. Wallahu 'alam. :)
p/s : jom berusaha menjadikan diri kita lebih baik daripada hari - hari sebelumnya. kan lebih berfaedah dan bermakna, bukan?

2

Apabila hati mula berbicara.

Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik bagi diri kita sendiri.
Perlukan kekuatan dan kemampuan untuk mengubah ke arah yang lebih baik lagi.
Bantuan dan nasihat daripada sahabat - sahabat serta yang mengenali diri ini lebih bermakna.
Moga diteruskan dengan segala amalan yang mendapat rahmat disisi Allah S.W.T.
Hinanya hati ini apabila tibanya masa untuk berhadapan dengan Allah, dengan sisa - sisa kemurkaan yang pernah aku lakukan selama aku menumpang di muka bumi Tuhan.
Ampunkan kesalahanku Ya Allah. Ya Rabb!
 
Copyright © Diari Sufi