1

Terjaga Kembali.

Ku terjaga dari lenaku
Ku sedar kelalaian diriku
Harap tak berulang kesilapan lalu

Awan hitam menyelubungi
Oh jiwaku selama ini
Ku pohon keampunanMu
Oh Allah

Ku ingin bina hidup baru
Bersama imanku setakat
Semoga tidak lari jauh
Dari landasan agamaMu

Mari kita sedari
Akan kesilapan selama ini
Moga diampunkan dosa-dosa silam

Kita bina hidup baru
Tabahkanlah hatimu
Bersama azam baru
Moga akan diredhaiNya

Marilah bina hidup baru
Bersama iman kita setakat
Semoga tidak lari jauh
Dari landasan agamaMU

Ingatilah Yang Esa
Walau di mana jua kita berada
Untuk ketenangan jiwa kita
Dan semoga bahagia.

Kembali kepadaMu
1

kata kuat.

hidup perlu berjuang
bijak mengambil peluang
walau berkali kecundang
usah salahkan orang
nanti kecundang meradang.
0

Lukisan Alam

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Di dalam jiwamu itu

terkadang bila rasa diri disisihkan,
percayalah, Tuhan itu ada.
usah bersedih hati--
la tahzan.
0

sebenarnya.



Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

aku juga begitu.
0

hening.

di suatu sudut itu,
tatkala seorang hamba sedang memuja-muji Tuhannya,
terlakar di riak mukanya,
betapa kerdil dan hinanya diri ketika itu,
masih menghambat dosa kesekian lamanya,
walaupun telah banyak diuji Tuhan Yang Maha Esa.
apa masih tidak mahu bersyukur sepenuh jiwa?
terkadang pabila hidup terlalu mewah,
mudah dan mampu berolah apa sahaja,
ada segelintir insan yang masih mengharapa pada Sang Pencipta,
moga diberikan sedikit keajaiban pada diri,
supaya terus mengambil iktibar dengan apa yang dimiliki,
menjadi seorang insan yang masih mampu mengucap kata syukur,
apabila diberi kenikmatan yang tidak terperi sedemikian rupa.

namun aku percaya,
bahawa masih ada masa,
untuk ku buktikan duka penuh sengketa,
bukanlah menjadi permainan di minda.
supaya aku mengerti, segala hakikat yang terjadi,
adalah untuk diri aku sendiri.

renungan bersama
pabila idea muncul
di ruang sempit gelap gempita.
0

mari menuju ke arah itu.

sudah,
jangan banyak mengelamun
start enjin kaki, mari berjumpa dengan Ilahi.
harap bertemu dengan malam yang penuh nikmat itu.
mari.
0

untuk kesekian kali.

hanya kata mampu melahirkan apa yang terbuku di hati.
maka,
mari bertukar hati ke hati.
biar saling merasa,
Hari Menukar Hati Sedunia!
0

[no title]

bilamana manusia tidak dapat menerima kritikan daripada orang lain
bilamana jiwa resah, kelam dan terus gelisah dibuai mimpi
bilamana sesulit keadaan menimpa seseorang individu
bilamana si anak mengadu, mencuba segala apa yang perlu
bilamana si perantau pulang jejak ke kampung halamannya
bilamana sang jiwa hilang didalam kekalutan malam.
resah..
goyah..
apa itu salahku?
hanya hatimu patut aku ikuti selalu?
apa aku bukan manusia sepertimu?
apa aku tiada perasaan sebegitu?
mudah menghukum tanpa sebarang prasangka yang sahih.
engkau jahil.
sungguh.

namun ku percaya,
esok masih ada.
masih ada untuk menghukummu semula
masih ada masa untuk ku buktikan semua
masih ada cahaya petunjuk dariNya
masih ada ruang untuk aku berkata-kata
masih ada segelintir insan yang sama merasa
betapa hebatnya engkau bermaharajalela.
mohon untuk terus siap segala senjata.

di ruang lingkupku,
masih ada yang menyayangi.
0

pasrah.

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

tahniah syam.
0

syahdu seindah kalbu.

teringat kembali memori silam,
dimana aku ditanang bagai minyak yang penuh,
dalam usaha menjadi seorang insan yang berbakti,
pada keluarganya, agamanya, bangsanya.
syahdunya, heningnya pada waktu itu.
bagai ditusuk duri sembilu.

aku gagahi jua,
menurut segala apa yang diperintah,
menolak segala apa yang dilarang,
walaupun ada ketikanya,
jiwa aku memberontak dan seringkali melakukan kesilapan pada diri.
ku akur akan hukuman yang dikenakan kerana aku percaya,
masih ada hikmah yang tersembunyi dalam diri.

makin aku dewasa, makin aku mengenal eri dunia ini,
baru ku sedar apa yang telah aku jalani pada zaman dahulu,
zaman dimana aku dibesarkan dengan penuh cabaran dan dugaan,
diherdik, dicaci, di maki dan sebagainya,
namun ku tinggikan egoku  untuk tidak membalas sebarang serangan yang menbungkam dalam jiwa.
aku pendam. aku simpan. aku rendam sendirian.

hanya melutut di hadapan Tuhan sahaja menjadi tempat menadah tanganku,
memohon supaya dimapunkan segla kekhilafan aku yang lalu, sekarang dan selamanya.
supaya aku dapat merasai nikmat sebenar hidup berjuang kerana Dia.
ampunilah hambaMu ini.

aku syahdu, aku tersangat sendu akan yang pernah berlaku dalam hidupku.
aku bukan yang dahulu lagi, mudah dicaci, mudah dimaki.
aku bersabar dengan apa yang terjadi, kerana aku percaya,
hanya Dia yang memiliki,
selautan luas kuasaNya yang tidak mampu ditandingi oleh sesiapa,
walaupun terkadang aku gusar,
bahawa hatiku merasa hina dan sakit yang tak terkata,
ku gagahi jua meneruskan kehidupan yang fana ini.

aku kembali padaMu,
menyerahkan segala tinta dan pena yang berlagu ini,
supaya dapatlah kiranya aku pautkan kasihku kepadaMu,
Ya Rabbul 'Izzati.
andai aku tersalah erti, tersalah bicara, ingatkanlah aku.
sesungguhnya aku masih lagi kalut dan sedang mengenal permainan dunia ini.

andai banyak kekhilafanku,
ku mohon,
serulah daku untuk kembali kepadaMu,
supaya aku tenang, dapat bersuka ria, dapat merasa nikmat syurga-Mu.
ambillah aku, dan moga apa yang telah aku turuti ini mampu menyelamatkanku,
daripada seksaan azabMu yang tidak terperi itu.

kepada dunia, maafkan segala kekhilafanku,
andai aku kurang bicara,
mengertilah,
bukan niatku untuk mencuka diri,
namun hanya mendiam diri mampu membuat aku berfikir kembali,
apakah ada yang tersisih menanti?
menjadi hamba kemarahan yang tidak terperi,
yang sanggup mengikis kerapuhan dinding hati?

sudahlah. hidup bukan bernafsi-nafsi.
aku masih terngiang kata-kata ini oleh sahabatku,
semoga hidupmu diberkati sahabat.
sungguh, banyak yang telah engkau dorongkan kepadaku,
walaupun perkenalan yang amat singkat dan bergurau senda; tawa.
moga Allah merahmati.

andai aku rebah, hanya Engkau sahaja tempat naunganku,
hanya padaMu aku berserah, apabila aku tiada daya,
untuk menyakiti hati sesiapa.
biarkanlah aku sendirian,mengabdi diri pada Tuhan.
andai banyak kekhilafan, ku mohon maaf dan keampunan.
dipanggil si maut menerpa seribu satu prasangka. usahlah.

apa kau suka dimarahi?
bersabarlah walau ianya kebenaran yang nyata.
 
Copyright © Diari Sufi