0

andai mereka bertanya

hidup di sini merungkaikan pelbagai perasaan yang wujud dalam diri
walaupun terkadang sukar untuk menerima kewujudan sedemikian
asyik terluka, asyik menderita, asyik bersyak wasangka
namun, perlukah aku merungut bersendirian atas ciptaan yang diberikan?

andai mereka bertanya
mengapa aku diam seribu  bahasa
percayalah, aku bukan sengaja berbuat sedemikian
bukan kemahuanku untuk menjadi sebegitu rupa
aku punya pegangan yang menjadi sahabat karibku.

andai mereka bertanya
mengapa aku tidak berkongsi rasa sepenuhnya
aku ada Dia sebagai peneman hakikiku
bukan malu bukan segan menjadi penghalang diri
tapi aku rasa tenang andai jiwaku kembali kepadaNya.

andai mereka bertanya
ke mana aku sewaktu mereka berkumpul bersama
mengertilah,
aku gemar untuk menyendiri
dalam menyelesaikan segala kependaman yang berlaku pada diri
bukan ku tak sudi
tapi aku mengerti masalah mereka yang sedang menghadapi

mengertilah engkau
mengertilah sahabat
mengertilah teman
ampunilah jiwaku ini terhadap kalian
kerana mengguris jiwa yang entah ke mana.
mencari sang pecerah dikala kealpaan.
sekian.
1

Terjaga Kembali.

Ku terjaga dari lenaku
Ku sedar kelalaian diriku
Harap tak berulang kesilapan lalu

Awan hitam menyelubungi
Oh jiwaku selama ini
Ku pohon keampunanMu
Oh Allah

Ku ingin bina hidup baru
Bersama imanku setakat
Semoga tidak lari jauh
Dari landasan agamaMu

Mari kita sedari
Akan kesilapan selama ini
Moga diampunkan dosa-dosa silam

Kita bina hidup baru
Tabahkanlah hatimu
Bersama azam baru
Moga akan diredhaiNya

Marilah bina hidup baru
Bersama iman kita setakat
Semoga tidak lari jauh
Dari landasan agamaMU

Ingatilah Yang Esa
Walau di mana jua kita berada
Untuk ketenangan jiwa kita
Dan semoga bahagia.

Kembali kepadaMu
1

kata kuat.

hidup perlu berjuang
bijak mengambil peluang
walau berkali kecundang
usah salahkan orang
nanti kecundang meradang.
0

Lukisan Alam

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Di dalam jiwamu itu

terkadang bila rasa diri disisihkan,
percayalah, Tuhan itu ada.
usah bersedih hati--
la tahzan.
0

sebenarnya.



Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

aku juga begitu.
0

hening.

di suatu sudut itu,
tatkala seorang hamba sedang memuja-muji Tuhannya,
terlakar di riak mukanya,
betapa kerdil dan hinanya diri ketika itu,
masih menghambat dosa kesekian lamanya,
walaupun telah banyak diuji Tuhan Yang Maha Esa.
apa masih tidak mahu bersyukur sepenuh jiwa?
terkadang pabila hidup terlalu mewah,
mudah dan mampu berolah apa sahaja,
ada segelintir insan yang masih mengharapa pada Sang Pencipta,
moga diberikan sedikit keajaiban pada diri,
supaya terus mengambil iktibar dengan apa yang dimiliki,
menjadi seorang insan yang masih mampu mengucap kata syukur,
apabila diberi kenikmatan yang tidak terperi sedemikian rupa.

namun aku percaya,
bahawa masih ada masa,
untuk ku buktikan duka penuh sengketa,
bukanlah menjadi permainan di minda.
supaya aku mengerti, segala hakikat yang terjadi,
adalah untuk diri aku sendiri.

renungan bersama
pabila idea muncul
di ruang sempit gelap gempita.
0

mari menuju ke arah itu.

sudah,
jangan banyak mengelamun
start enjin kaki, mari berjumpa dengan Ilahi.
harap bertemu dengan malam yang penuh nikmat itu.
mari.
0

untuk kesekian kali.

hanya kata mampu melahirkan apa yang terbuku di hati.
maka,
mari bertukar hati ke hati.
biar saling merasa,
Hari Menukar Hati Sedunia!
0

[no title]

bilamana manusia tidak dapat menerima kritikan daripada orang lain
bilamana jiwa resah, kelam dan terus gelisah dibuai mimpi
bilamana sesulit keadaan menimpa seseorang individu
bilamana si anak mengadu, mencuba segala apa yang perlu
bilamana si perantau pulang jejak ke kampung halamannya
bilamana sang jiwa hilang didalam kekalutan malam.
resah..
goyah..
apa itu salahku?
hanya hatimu patut aku ikuti selalu?
apa aku bukan manusia sepertimu?
apa aku tiada perasaan sebegitu?
mudah menghukum tanpa sebarang prasangka yang sahih.
engkau jahil.
sungguh.

namun ku percaya,
esok masih ada.
masih ada untuk menghukummu semula
masih ada masa untuk ku buktikan semua
masih ada cahaya petunjuk dariNya
masih ada ruang untuk aku berkata-kata
masih ada segelintir insan yang sama merasa
betapa hebatnya engkau bermaharajalela.
mohon untuk terus siap segala senjata.

di ruang lingkupku,
masih ada yang menyayangi.
0

pasrah.

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

tahniah syam.
 
Copyright © Diari Sufi