0

Peduli.

Bismillah.

Hidup ini sementara. Kita sedia maklum yang mana pada hari kedatangannya itu nanti, kita akan dihidupkan semula untuk menjalani upacara pembicaraan yg berkisar tentang segala apa yang telah dilakukan semasa kehidupan di dunia yang fana ini.

Kita sedar dan kita percaya akan Hari Akhirat, seperti yang telah termaktub dalam 6 Rukun Iman iaitu;


  • Percaya kepada Allah
  • Percaya kepada Malaikat
  • Percaya kepada Kitab
  • Percaya kepada Nabi dan Rasul
  • Percaya kepada Hari Kiamat dan;
  • Percaya kepada Qada' dan Qadar.

Masih ingat segala perkara asas dalam Rukun Iman ini?
Namun, adakah kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.
Sebagai contoh mudah, kita ambil contoh beriman kepada Hari Kiamat. Kita mengetahui yang hidup itu akan mati.
"Kullu nafsin za iqatul maut" [2:185]
"Setiap yang bernyawa pasti akan mati"
Betul? Setuju dengan pernyataan tersebut? Tapi, adakah anda sudah betul-betul membuat persediaan yang anda rasa sudah bersedia untuk menghadapi perkara tersebut?

Dah tu, tunggu apa lagi? Bertindaklah segera. Selamat beramal.



اَ تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَا فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَا أَبْلاَهُ

Kedua kaki seorang hamba tidak akan bergeser pada Hari Kiamat hingga ia ditanya:Umurnya dia habiskan untuk apa; ilmunya diamalkan untuk apa; hartanya dari mana ia peroleh dan dibelanjakan untuk apa dan tubuhnya digunakan untuk apa. (HR at-Tirmidzi).

p/s : bersawang habis ni. Habuk segunung ni ha. xpe,bersihkan slow2. Nanti cantiklah. =)
0

tiada perkataan lebih indah.

I am tried myself to search for the words
to describe your beauty
no matter how I tried
no word seemed worthy

struggled myself to find,
the right words for you
words just fail to describe
what is deep inside.

now I am realize, 

Subhanallah Alhamdulillah La illaha ilallah Allahuakbar

no word is worthy than these.
yang

ku mencari kata puji
moga menjadi zikir hati
namun tiada kalam yang pasti
yang sesuci KALAM ini.

Subhanallah Alhamdulillah La illaha ilallah Allahuakbar

in your remembrance
I spread my wings
in hope for the day
I come to you
in describing you
i searched sentences
but I found no word
except to say

"Subhanallah Alhamdulillah La illaha ilallah Allahuakbar"

O Allah. Guide me to your Jannah
.
0

andai mereka bertanya

hidup di sini merungkaikan pelbagai perasaan yang wujud dalam diri
walaupun terkadang sukar untuk menerima kewujudan sedemikian
asyik terluka, asyik menderita, asyik bersyak wasangka
namun, perlukah aku merungut bersendirian atas ciptaan yang diberikan?

andai mereka bertanya
mengapa aku diam seribu  bahasa
percayalah, aku bukan sengaja berbuat sedemikian
bukan kemahuanku untuk menjadi sebegitu rupa
aku punya pegangan yang menjadi sahabat karibku.

andai mereka bertanya
mengapa aku tidak berkongsi rasa sepenuhnya
aku ada Dia sebagai peneman hakikiku
bukan malu bukan segan menjadi penghalang diri
tapi aku rasa tenang andai jiwaku kembali kepadaNya.

andai mereka bertanya
ke mana aku sewaktu mereka berkumpul bersama
mengertilah,
aku gemar untuk menyendiri
dalam menyelesaikan segala kependaman yang berlaku pada diri
bukan ku tak sudi
tapi aku mengerti masalah mereka yang sedang menghadapi

mengertilah engkau
mengertilah sahabat
mengertilah teman
ampunilah jiwaku ini terhadap kalian
kerana mengguris jiwa yang entah ke mana.
mencari sang pecerah dikala kealpaan.
sekian.
1

Terjaga Kembali.

Ku terjaga dari lenaku
Ku sedar kelalaian diriku
Harap tak berulang kesilapan lalu

Awan hitam menyelubungi
Oh jiwaku selama ini
Ku pohon keampunanMu
Oh Allah

Ku ingin bina hidup baru
Bersama imanku setakat
Semoga tidak lari jauh
Dari landasan agamaMu

Mari kita sedari
Akan kesilapan selama ini
Moga diampunkan dosa-dosa silam

Kita bina hidup baru
Tabahkanlah hatimu
Bersama azam baru
Moga akan diredhaiNya

Marilah bina hidup baru
Bersama iman kita setakat
Semoga tidak lari jauh
Dari landasan agamaMU

Ingatilah Yang Esa
Walau di mana jua kita berada
Untuk ketenangan jiwa kita
Dan semoga bahagia.

Kembali kepadaMu
1

kata kuat.

hidup perlu berjuang
bijak mengambil peluang
walau berkali kecundang
usah salahkan orang
nanti kecundang meradang.
0

Lukisan Alam

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Di dalam jiwamu itu

terkadang bila rasa diri disisihkan,
percayalah, Tuhan itu ada.
usah bersedih hati--
la tahzan.
0

sebenarnya.



Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

aku juga begitu.
0

hening.

di suatu sudut itu,
tatkala seorang hamba sedang memuja-muji Tuhannya,
terlakar di riak mukanya,
betapa kerdil dan hinanya diri ketika itu,
masih menghambat dosa kesekian lamanya,
walaupun telah banyak diuji Tuhan Yang Maha Esa.
apa masih tidak mahu bersyukur sepenuh jiwa?
terkadang pabila hidup terlalu mewah,
mudah dan mampu berolah apa sahaja,
ada segelintir insan yang masih mengharapa pada Sang Pencipta,
moga diberikan sedikit keajaiban pada diri,
supaya terus mengambil iktibar dengan apa yang dimiliki,
menjadi seorang insan yang masih mampu mengucap kata syukur,
apabila diberi kenikmatan yang tidak terperi sedemikian rupa.

namun aku percaya,
bahawa masih ada masa,
untuk ku buktikan duka penuh sengketa,
bukanlah menjadi permainan di minda.
supaya aku mengerti, segala hakikat yang terjadi,
adalah untuk diri aku sendiri.

renungan bersama
pabila idea muncul
di ruang sempit gelap gempita.
0

mari menuju ke arah itu.

sudah,
jangan banyak mengelamun
start enjin kaki, mari berjumpa dengan Ilahi.
harap bertemu dengan malam yang penuh nikmat itu.
mari.
0

untuk kesekian kali.

hanya kata mampu melahirkan apa yang terbuku di hati.
maka,
mari bertukar hati ke hati.
biar saling merasa,
Hari Menukar Hati Sedunia!
 
Copyright © Diari Sufi