Hidup ini sementara. Kita sedia maklum yang mana pada hari kedatangannya itu nanti, kita akan dihidupkan semula untuk menjalani upacara pembicaraan yg berkisar tentang segala apa yang telah dilakukan semasa kehidupan di dunia yang fana ini.
Kita sedar dan kita percaya akan Hari Akhirat, seperti yang telah termaktub dalam 6 Rukun Iman iaitu;
- Percaya kepada Allah
- Percaya kepada Malaikat
- Percaya kepada Kitab
- Percaya kepada Nabi dan Rasul
- Percaya kepada Hari Kiamat dan;
- Percaya kepada Qada' dan Qadar.
Masih ingat segala perkara asas dalam Rukun Iman ini?
Namun, adakah kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.
Sebagai contoh mudah, kita ambil contoh beriman kepada Hari Kiamat. Kita mengetahui yang hidup itu akan mati.
"Kullu nafsin za iqatul maut" [2:185]
"Setiap yang bernyawa pasti akan mati"Betul? Setuju dengan pernyataan tersebut? Tapi, adakah anda sudah betul-betul membuat persediaan yang anda rasa sudah bersedia untuk menghadapi perkara tersebut?
Dah tu, tunggu apa lagi? Bertindaklah segera. Selamat beramal.
اَ تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَا فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَا أَبْلاَهُ
Kedua kaki seorang hamba tidak akan bergeser pada Hari Kiamat hingga ia ditanya:Umurnya dia habiskan untuk apa; ilmunya diamalkan untuk apa; hartanya dari mana ia peroleh dan dibelanjakan untuk apa dan tubuhnya digunakan untuk apa. (HR at-Tirmidzi).
p/s : bersawang habis ni. Habuk segunung ni ha. xpe,bersihkan slow2. Nanti cantiklah. =)

