0

اڤ اڠکاو تاهو اڤ يڠ برماءين دفيکيرنکو؟

يا! موڠکين کالي اين ساڠت بربيذا دڠن سبلومث.
سوده لاما ديري اين تيدق ملواهکن اڤ يڠ تربوکو دهاتي.
سکيان لاما ممندم راس. منچاري ککواتن دالم ديري اين اونتوق تروس بڠکيت دان برديري سمولا. موده مودهن،اکو اکان تروس ملازيمکن ديري اين اونتوق تروس ککل اکتيف دسيني.
سڤرتي تيتيق ماس کمبالي سبنتر دالم کوتق مموري. اݢق تراس جڠݢل باکي ديري اين. دهولوث،د تمڤت اينيله اکو باڽق ملواڠکن ماس برسام ديريکو. اه! جمڤا دورکه ستروسڽ،واهاي سڠ سوفي. جاݢ ديريمو.

0

Kamu

Setiap kali aku terkenangkan kamu.
Aku jadi bingung.
Hatiku berbolak balik mencari apakah ini realiti.
Adakah aku ini selayaknya menjadi sebahagian;
Insan didalam dirimu.

Aku jadi makin keliru.
Usai sahaja aku memerhatimu,
Hatiku jadi sayu.
Sampai bila aku perlu mendiamkan diri daripadamu?
Gurindan dan irama;
Tidak lagi aku hiraukan.
Hanya kerana memikirkan kamu.

Mungkin ini hanya mainan hati.
Seolah menginginkan aku tersungkur mati di hujung hati.

Namun, pada siapa harus aku memberikan hati ini?
Seakan seperti anak-anak lain berlari kehujanan,
Aku mencari arah diriku sendiri.
Bukan kepada manusia harus aku menyerah diri.
Kerana yang menciptakan ku seolah memanggilku,
Dari benak hati yang terdampar ini.

Setahun sudah berlalu,
Aku masih gagal menemukanmu.
Ku serahkan segala hati ini kepada Ilahi;
Moga suatu hari nanti tercalut namaku dalam dirimu.

Ku teruskan perjalanan ini,
Menempuh segala onak dan duri,
Mencari sesuap nasi dan bekalan untuk diri,
Supaya di hari-hari kemudian aku tidak tersungkur;
Seperti hari-hari kelmarin.
0

Fine

I am fine.
It will be okay soon.
Give me some day to think about it.
Time will heal that matters.

Suffocate, time, matters I'll be fine.
0

Fear of ... heart

If somebody took my place
Would you turn around and tell a lie?
0

rindu

rindu?
kalau rindu, doa lah.

0

Sudahlah.

kembali kepada tempat asalmu
kesat airmatamu
ku mahu kau senyum seperti
bunga menguntum. =)
0

April.

lembaran baru ditulis semula.

kerana sudah lama tiada di sini,
jadi aku menulis semula di sini.
tentang rasa,
tentang jiwa,
tentang kita.

benar. ketika usia ini, banyak benda yang mengajar aku.
mengenai erti sebuah kehidupan.
erti sebuah pengorbanan,
erti sebuah persahabatan,
erti sebuah tengisan.

bukan kesemua erti itu dituju khas buat aku.
namun, ditujukan khas kepada orang orang yang berlegar di sekitarku.
sama ada sahabat, kawan, mereka, insan, keluarga mahupun sanak saudara.

aku pasti, kita memang sedang mengharungi segala liku dan cabaran itu.
segala perasaan, sama ada pahit manis tawar dingin dan sebagainya pasti terselit di hati.
namun, aku percaya yang kalian mampu mengharung segala perasaan itu dengan indahnya.

apa yang hendak aku kongsikan disini,
usah gentar dan terus berputus asa dengan apa yang sedang dilalui.
berpegangkan prinsip diri dan segala saranan yang telah diterjemahkan dalam Al Quran dan Hadis, kalian ikutilah.
insyaAllah ada nikmat disebalik semua itu.
aku tahu pada mulanya memang amat sukar. namun, percayalah, nikmat Tuhan yang mana hendak kamu dustakan? jangan risau.
berlayarlah,
bermusafirlah,
berjalanlah,
mencari erti kata yang sejati tentang kehidupan di alam yang fana ini.

moga moga, dengan lembaran kisahku ni, dapat memberi sedikit sebanyak semangat, harapan dan kemudahan kepada kalian dalam meniti arus kehidupan.

maafkan salah silap ketika tuturnya bicara yang tanpa sengaja mengguris hati. aku juga manusia, yang sedang berusaha mencari redha-Nya.

moga kalau ada kesempatan, dapat aku berkongsi kisah dengan kalian di lain acara.
assalam.

01:04 pagi.
16 April 2016
Genap 24 fullmoon
0

menyerah pasrah?

hendakku tangis,
namun pada siapa?
pada mereka yang banyak mencari salah diri?
aku hilang arah.
pada siapa harus aku berjumpa.
segala pahit yang ada seakan menyeksa jiwa.

akhirnya aku akur,
aku patut tunduk dan malu pada dia.
kerana dia yang ada sentiasa disampingku.

namun, aku sedar bahawa egoku amat sukar untuk menerima
bahawa dia adalah penciptaku
bahawa dialah yang banyak berdamping dengan diriku.
bahawa dialah yang menjagaku setiap saat aku jatuh
bahawa dialah yang sentiasa menunggu aku
bahawa dialah yang selalu mengabulkan segala permintaanku

aku sedar yang aku amat mementingkan diriku sentiasa
aku gusar akan ketentuan yang telah aku kecapi.
aku gembira dengan apa yang aku nikmati
tanpa aku sedari, dialah yang sering memerhati.

aku terdiam. aku berfikir sejenak.
mungkin apa yang aku lakukan dulu,
hadiah untuk aku pada masa sekarang
setimpal, bukan?

aku selalu mengadu domba
aku selalu meluah
aku selalu berkongsi rasa
namun,
masih bukan pada Dia.

bait-bait katamu amat jarang sekali aku buka,
apatah lagi hembaran sujud hinggap di dahi.

berikan aku satu peluang,
peluang untuk aku mengubah diri
peluang untuk aku mengenal erti ini
dalam lambaian kasih dan sayangmu

tunjukkan aku jalan,
permudahkan segala urusan,
berikan aku kekuatan
untuk aku terus bergerak pantas mendamba keredhaanmu
moga, dengan adanya perubahan ini,
aku sempat mendongak langit lalu;
mengerling segenap isi ruang yang ada,
lalu tersenyum keseorangan dalam hiba.

"Bukan dilihat pada banyak dosa yang dilakukan, namun dilihat pada usaha untuk enyahkan segala dosa ternoda"
0

Aku Tahu [Altimet, Tomok]

Bila berdepan tak bisa bicara lidahku kaku Jdi inilah hatiku didalam lagu Aku tahu dahulu aku sering ingkar Tahu aku selalu buat harimu sukar Aku tahu kearah kau ku tunding jari Kerna satu aksi mu selalu mengguris hati Aku faham bila kau kurang memahami Kenapa senangku ingat susahku memaafi Suruhanmu sangat susah aku taati Ini semua salahku tidak dinafi Ku pikul dosa dosa ku ke akhir nanti kerna kau mengajar aku inilah cara lelaki Aku tahu esok lusa kau pasti pergi Aku tahu kau akan aku kebumi Ku lakukannya tanpa airmata di pipi Lihat kau akan hidup dalam anak anak ku nanti Hari ini ku tahu Memori menghuni di pemikiranku Akan diungkap waktu sejarah masa depanku Itu aku tahu Aku tahu aku sering pergi Menyepi berhari aku mencari rezeki Ku kembali senyumanmu aku nikmati Tawamu ku kecapi dan kasihmu ku selami Ku tak marah kau kacau tidurku tiap pagi Genggamanmu kecil hanya muat satu jari Tapi didalam kampung hatiku kau gergasi Tak sabar untuk hari kau sebesar aku nanti Kalau aku berjalanku mahu kau berlari Ku tadahkan bahu kau capailah matahari Ingat kau gergasi di bumi gegarkan paksi Terima kasih kerana mengajar aku jadi lelaki Kau perlu tahu esok lusa ku pasti pergi Kau perlu tahu aku akan kau kebumi Lakukannya tanpa airmata di pipi Lihat aku hidup di dalam anak anak mu pasti
Hari ini ku tahu Memori menghuni di pemikiranku Akan diungkap waktu sejarah masa depanku Itu aku tahu
Aku tahu esok lusa kau pasti pergi Aku tahu kau akan aku kebumi Ku lakukannya tanpa airmata di pipi Lihat kau akan hidup dalam anak anak ku nanti Kau perlu tahu esok lusa ku pasti pergi Kau perlu tahu aku akan kau kebumi Lakukannya tanpa airmata di pipi Lihat aku hidup di dalam anak anak mu pasti.
0

kembali tersungkur

aku memerhati tanda aku mengerti.
cobaan yang kian menampar hati
menyaksikan segala esak di bibir-bibir sayu
sendu tiada tara
berlinang airmata merangkak mencari arah mula

ingin dimaki tapi bukan itu yang dicari
ingin disepak pekak namun bukan itu caranya
akhirnya mengelamun mencari zikir di hati
apakah aku sudah mampu untuk menyembah sang pencipta?
apakah aku sudah layak dihisab tanpa perlu soal bicara?
apakah aku hamba yang sudah cukup mengerti makna hidup disini?

longlai seketika.
diam seribu bahasa.
bibir merekah mencari kata.
hanyut dibuai mimpi ngeri sendiri.

ya zaljala li wal ikram,
hanya padaMu tempat aku menyerah diri.
kepadaMu jualah tempat aku berlindung.
permudahkanlah, jangan persulitkan.
Engkau Maha Mengetahui,
tentang apa yang terbuku di hati.
 
Copyright © Diari Sufi