hendakku tangis,
namun pada siapa?
pada mereka yang banyak mencari salah diri?
aku hilang arah.
pada siapa harus aku berjumpa.
segala pahit yang ada seakan menyeksa jiwa.
akhirnya aku akur,
aku patut tunduk dan malu pada dia.
kerana dia yang ada sentiasa disampingku.
namun, aku sedar bahawa egoku amat sukar untuk menerima
bahawa dia adalah penciptaku
bahawa dialah yang banyak berdamping dengan diriku.
bahawa dialah yang menjagaku setiap saat aku jatuh
bahawa dialah yang sentiasa menunggu aku
bahawa dialah yang selalu mengabulkan segala permintaanku
aku sedar yang aku amat mementingkan diriku sentiasa
aku gusar akan ketentuan yang telah aku kecapi.
aku gembira dengan apa yang aku nikmati
tanpa aku sedari, dialah yang sering memerhati.
aku terdiam. aku berfikir sejenak.
mungkin apa yang aku lakukan dulu,
hadiah untuk aku pada masa sekarang
setimpal, bukan?
aku selalu mengadu domba
aku selalu meluah
aku selalu berkongsi rasa
namun,
masih bukan pada Dia.
bait-bait katamu amat jarang sekali aku buka,
apatah lagi hembaran sujud hinggap di dahi.
berikan aku satu peluang,
peluang untuk aku mengubah diri
peluang untuk aku mengenal erti ini
dalam lambaian kasih dan sayangmu
tunjukkan aku jalan,
permudahkan segala urusan,
berikan aku kekuatan
untuk aku terus bergerak pantas mendamba keredhaanmu
moga, dengan adanya perubahan ini,
aku sempat mendongak langit lalu;
mengerling segenap isi ruang yang ada,
lalu tersenyum keseorangan dalam hiba.
"Bukan dilihat pada banyak dosa yang dilakukan, namun dilihat pada usaha untuk enyahkan segala dosa ternoda"