Rasanya sangat lama aku tidak menyibukkan diri di perbatasan media.
Akaun sosialku semakin menghampiri fasa menyahaktif akibat sudah lama ditinggalkan bersawang. Terkubur begitu sahaja.
Agaknya,apakah perkembangan putaran roda hidup manusia yang mengenaliku?
Aku mengharap kalian semuanya sihat hendaknya.
Maaf andai saban awal tahun ini,aku tidak banyak berbicara. Fasa mengemaskini perihal diri mungkin. Banyak yang perlu aku titipkan nota diri di setiap laluan yang perlu aku lalui.
Ya,banyak kenangan terindah,terburuk berlaku. Tapi itu tidak bererti aku membiarkan diri hancur dimamah dan dirakus dengan keegoan diri.
Aku percaya,jika aku mahukan yang sekian begitu,sekian begini..maka semuanya perlulah dimulai dengan mengubah persepsi dan pemikiran diriku.
Terima kasih,sufi dalam diri. Kau sentiasa bersamaku. Walaupun terkadang aku celaru dan keliru untuk membezakan apakah itu betul-betul diriku atau engkau yang bermonolog dengan diriku. Padahal,sufi itu tidak wujud. Aku yang ptut kuat untuk tetap tumbuh mekar dgn jasad dan roh diriku sendiri. Sufi ini hanya medium sahaja. Lagipula,aku yang mengandaikan yang dalam diriku ada engkau,sufi. Asalkan aku dapat berfikir dengan benar,engkau tetap perlu ada bersamaku,wahai sufi-yang-aku-namakan.
Sarat beban kehidupan memang begitulah. Ada masa ceria,ada masa berduka,ada masa perlukan teman bicara,ada masa inginkan bersendirian tanpa sesiapa menganggu,itu normal. Kadang keadaan yang dihadapi itu yang membuatkan aku,kamu,dia,kita dan mereka menginginkan menjadi seperti begitu.
Pokok pangkalnya,aku masih berusaha untuk menenangkan diri. Walaupun banyak kali tersungkur dan penuh dengan noda-noda,masih ada secebis pengharapan yang bercahaya terang untuk aku menyelongkarinya. Yup,manusia memang tidak sempurna. Tetapi,jangan disebabkan perkataan 'tidak sempurna' itu menjadi alasan untuk tetap selesa dengan tabuat yang lama. Orak langkah dengan tenang,yakin dan penuh pengharapan. Kerana apa? Kerana Dia.

