hey,
lama kau menyepi
apa khabar keadaanmu disana?
moga sihat dan baik-baik sahaja.
hey,
masih ingat kenangan lalu?
masih rindu akan saat itu?
kau dan aku berlari mencari arah sendiri
walaupun dayanya sama,
namun jarak kita berbeza.
hey,
terlalu banyak sapaanmu waktu itu
masih ligat bermain di fikiranku
bagaikan si anak kecil
menari hingga tidak sedarkan waktu
hey,
moga kehidupanmu
lebih terarah ke arah yang mahmudah
bukan mudah,
namun, ku tahu kau mampu mengatasinya.
bukankah aku telah lama mengenali engkau?
hey,
jaga diri
jaga hati
jaga iman.
jumpa lagi nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 komen mereka ::
Post a Comment