0

Hey

hey,
lama kau menyepi
apa khabar keadaanmu disana?
moga sihat dan baik-baik sahaja.

hey,
masih ingat kenangan lalu?
masih rindu akan saat itu?
kau dan aku berlari mencari arah sendiri
walaupun dayanya sama,
namun jarak kita berbeza.

hey,
terlalu banyak sapaanmu waktu itu
masih ligat bermain di fikiranku
bagaikan si anak kecil
menari hingga tidak sedarkan waktu

hey,
moga kehidupanmu
lebih terarah ke arah yang mahmudah
bukan mudah,
namun, ku tahu kau mampu mengatasinya.
bukankah aku telah lama mengenali engkau?

hey,
jaga diri
jaga hati
jaga iman.
jumpa lagi nanti.
0

tunduk

pasakkan hatiku pada kaki
paksakan ku tunduk sehingga mati

Tuhan, mohon.
jangan kau izinkan; aku pelupa
tetaplah,
--untuk terus tunduk
walaupun seringkali diatas.
0

profilik.

hairan.
asal dp bunga je terus dicop ayu.
kenapa? mengapa? apa salahnya?
salah ke nak menghargai segala kejadian Tuhan?
apa alam ini engkau yang cipta?
sehinggakan nak meminati bunga sekalipun
ianya menjadi sebahagian masalah besar kau?
biarkanlah,
setiap dari kita ada citarasa dan pandangan tersendiri
apa mungkin kau ingin menghalang sesuka hati
tanpa peduli rasa hati nurani insan itu sendiri
kembalilah pada hati, berfikiran secara rasional
dan tetaplah untuk terus bersangka baik
--andai engkau malu;
untuk bertanyakan jawapan yang sebenar.
tetaplah untuk tersenyum ceria.

kita diberikan akal yang sihat,
gunakan sebaik mungkin.
bukan untuk memecah belahkan
ukhwah yang telah tersedia dibina.
maklumkan kepada diri,
supaya tidak mengulangi,
janji-janji yang menjadi iri hati.

p/s: marilah menuju kejayaan
0

kecundang.

kalau lah kita,
asyik melapah
daging saudara sendiri
robohlah kota yg kita bina
cita-cita kita?

lupa pada sumpah pendekar?
pendekar yang setia menjaga martabat kita?
berpegang setia
pantang main kepala
berjanji takkan jual maruah
takkan bertingkah sesama
itulah janji kita.

jangan mudah kecundang
bila dihasut pemikiran sarkastik
bila pelayar pendrama mula ditayangkan
jangan mudah kecundang.
0

Fall Down.

tak ku mampu
tak ku mampu
tak ku mampu.

It just;
naturally,
I fell down.
0

The-one-who-shall-not-to-be-named

Looking back at last September
Where it is my first year there
Four years gone; maybe
I can't remember
When it all began

Swimming in a cloud of memories
Because I can't recall
Every word from your rhyme
Lucky I found
The photograph

This is not the way it used to be
Because;
I still can't recall the memories
With me pretending you and me
But I can't see the way you see me

Show me something,
Or someone
That I left behind
I know it's worth a thousand words
I miss the time we were together.
0

norma

norma. 
begitulah apa yang diciptakan tajuk seperti diatas. nampak sahaja ringkas, 
namun, apabila diteliti secara kritis dan mendalam, norma ini bukanlah norma yang biasa-biasa sahaja.
bagai merentas dua benua. 
tanpa sebarang halangan dan cabaran.
seperti kebiasaan, 
bagi mereka yang terbiasa dengan cara sebegini
bermula malam yang penuh indah
bersama alunan lagu yang riuh;
dan gemersik bergemerlapan langitnya.
indah.
bagai menari di atas awangan tanpa sebarang paksaan
menggoncng tubuh dan berpaksikan jiwa yang riang
menikmati keindahan di saat yang terindah itu.
mana tidaknya, awal tahun bukan?
ini hak kami, biarkan kami, kami masih muda,
enyahkan sahaja rasa takutmu itu,
dengan mereka yang tidak mengerti
apa itu saat terindah bagi kita semua.

dan apabila,
fajar menyingsing 
melihat apa yang berlaku pada diri,
ketahuilah, 
titisan airmata sedang asyik menitik
tanpa sebarang paksaan,
maka, 
menyerahlah diri sang pendosa,
kepada Tuhannya.

0

human sapiens

ya,
kita semua pendusta
sering sahaja rebah tersungkur menadah lemah
seperti jari jemari halus menghilang di sebalik kabus ungu.
lalu mendiamkan diri seperti dijerat samar duri.

keangkuhan yang bermaharajalela
menghasut seluruh naluri diri
untuk terus menyibak segala kekusutan yang berlaku.

lalu hilang akal menjadi pakar motivasi
mengambil peranan tanpa perlu saksi
merobek setiap genap dan ruang
jiwa-jiwa yang masih mentah
dan mudah goyah diberikan suapan bahaya

apa kata mereka?
mereka yang pakar fabrikasi,
pakar hasutan
pakar segala macam cara
pakar penghanyut jiwa insani?

kata merka gah bukan kepalang'
"biarkan sahaja mereka"
"mereka masih muda"
lalu;
dibiarkan sahaja mereka tetap bersendirian
mengharap nasib dan belas kasihan.
hingga pengadap derita yang hakiki
sambil menari lagu syahdu bersama lara hati.
noktah.
0

Please, get it on.

You try to get it on with me 
And
I try to get it on with you; always.

You try to get it on with me 
And
I try to get it on with you; everydays

Remember how this things could turn out badly

Well; 
Maybe if you don't but i still; maybe.

Please, can we get on to each other with that?
Answer it as soon as possible.


0

..



Dalam silauan cahya
Membatas pandangan mata
Namun jelas ku lihat kamu
Biarpun ku sedar kau kian jauh
Tinggalkan aku yang rapuh

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku rindui kamu

Apa yang ku fikirkan
Inilah penyiksaan
Biarpun beribu tahun
Dan namun kau sentiasa dihatiku
Menuai senyuman mu
 
Copyright © Diari Sufi